20 Disember 2011

Gelaran Ibrahim Ali Di Tarik Kerana Derhaka Kepada Tuanku?

Arakian, gelaran Dato' yang diberikan kepada Ibrahim Ali telah pun ditarik balik oleh Istana Kelantan secara rasmi mulai semalam.

Biasanya gelaran-gelaran yang diberikan ditarik balik kerana kesalahan khianat dan derhaka kepada Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan.

Cukup menghairankan adalah Ibrahim dan PERKASA inilah yang sebelum ini ke hulu ke hilir menuduh pemimpin2 Pakatan Rakyat sebagai derhaka dan menghina sultan.

Rupa-rupanya Berahim yang kena tarik gelaran Dato'.

Malunya saya. Siapa yang nak percaya pada PERKASA lagi lepas ini? Konon memperjuangkan raja-raja MElayu tetapi pemimpin utama nya sendiri ditarik gelaran Dato.

Penarikan ini satu bentuk penghinaan yang cukup besar datang dari Istana ke atas Ibrahim Ali.

Tuhan Maha Kaya.

Tulang Besi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...