Selaras dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5) Akta Universiti dan
Kolej Universiti (AUKU) sebagai tidak sah, Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau secara peribadi setuju supaya akta itu dipinda.
Katanya, beliau telah banyak kali menyuarakan perkara itu, antaranya dalam tulisannya di dada akhbar, termasuk membentangkannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum ini.
"Ada orang mahu pinda, ada orang minta mansuh (AUKU). Tetapi kita sebenarnya bercakap perkara yang sama, iaitu tidak suka pada Seksyen 15.
"Kita mahu mahasiswa bebas bersuara dan menyertai politik. Pada saya kita kena pinda Seksyen 15," katanya yang dilihat kerap memberikan pandangan promahasiswa dalam pelbagai isu.
Mahkamah Rayuan pada 30 Oktober memutuskan Seksyen 15(5) AUKU yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya sebagai tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.
Ketika diajukan soalan tentang pendiriannya berhubung isu itu dalam forum membincangkan "politik baru" di Kuala Lumpur malam tadi, Saifuddin berkata pindaan perlu dibuat, antaranya demi meningkatkan penyertaan mahasiswa.
Sementara itu, bercakap kepada Malaysiakini dan sebuah saluran televisyen selepas itu, Saifuddin berkata, sebelum dibawa ke kabinet, isu sama ada kerajaan perlu membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan akan dibincangkan di peringkat kementeriannya dahulu.
Katanya, keputusan mahkamah tidak harus dilihat daripada aspek pihak mana yang menang dan pihak mana yang kalah, sebaliknya hendaklah meliputi persoalan moral dan intelektual di sebaliknya.
PPSMI: Jangan ugutan politik
"(Kerana) kita boleh sahaja menang secara legal (undang-undang) tetapi kalah daripada sudut moral," katanya yang juga anggota parlimen Temerloh.
Ditanya tindakannya sekiranya kabinet memutuskan membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan, Saifuddin menjawab perkara beliau terpaksa akur jika keputusan itu dicapai.
Bagaimanapun, tambahnya, masih terlalu awal untuk sampai ke peringkat itu.
"Kita masih boleh bincang perkara tersebut," katanya lagi.
Sementara itu, menyentuh isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang berbangkit semula, Saifuddin berkata ia berpunca akibat tidak cukup perbincangan ketika ia diperkenal dan juga ketika dimansuh.
"Jadi kita terperangkap di tengah-tengah. Yang penting bagaimana menseimbangkan antara pilihan dan perpaduan nasional (dalam pengajian dua subjek itu)," katanya ketika bersoal jawab dengan peserta program itu.
Beliau juga menggambarkan keadaan yang berlaku sekarang antara kumpulan pro dan anti-PPSMI seolah-olah "dua parti politik" berbeza.
"Jangan buat ugutan politik. Ini soal pendidikan. Bawa bincang," katanya kepada pemberita selepas itu.
Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) dengan nada amaran sebelum ini mendesak PPSMI diperkenal semula sebagai ganti kepada kemenangan dua pertiga BN dalam parlimen-mk
AGAK memeranjatkan, apabila sebuah portal berita berpengaruh Indonesia AntaraNews menyiarkan gambar YAB Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak tidur semasa persidangan Ketua Negara-negara komenwel, CHOGM di Perth Australia.
Sungguhpun laporan berita bertajuk "Pengadilan Malaysia menentang larangan berpolitik mahasiswa" itu berkisar tentang keputusan mahkamah baru-baru ini yang menolak akta AUKU, namun gambar Najib yang sedang tidur menghiasi laporan itu.
Penggunaan gambar Perdana Menteri yang sedang tidur itu dilihat seperti memperli atau memperlekehkan beliau. Namun begitu tidak dinyatakan niat sebenar portal berita berkenaan yang seolah-olah menghina Perdana Menteri Malaysia.
Sumber: [Free Malays]
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/portal-berita-indonesia-siar-gambar.html#ixzz1cVEkIBKV
1 ulasan:
Kerajaan Jangan Tak Buat Rayuan. Tunggu dulu, apa pula kata Mahkamah Persekutuan.
Apakah berpuak-puak dan berpecah belah dalam kampus kerana fahaman politik suatu yang dikehendaki dan baik di IPTA sebagai tempat pengajian? Apa relevannya parti politik dikampus dan apa hak mereka untuk mencampuri urusan dan dasar IPTA? Maka Mahkamah Rayuan perlu nampak dan jangan pura-pura tidak nampak bahawa kekangan pada auku adalah untuk menghilangkan benih yang akan menjejaskan kententeraman awam (pubic order) di sesebuah IPTA agar falsafahnya sebagai tempat pengajian dihormati. Pun begitu, politik (seperti sukan etc)sebagai sebuah kurikulum (matapelajaran) dengan buku dan artikel rujukan digalakkan.
Pendidikan haruslah bedasarkan pemikiran secara disiplin (seperti thesis) bukannya pemikiran yang tanpa disiplin dan haru biru. Mungkin pemikiran "haru biru dan kurang disiplin" adalah lumrah bagi orang politikus namun pendidikan dan dasar pengajian, pemikiran itu hendaklah berstruktur dan berdisiplin.
Kalau jaguh berfikiran, buatlah artikel dan thesis dengan metolodoginya dan sebagainya.
Tanggapan bahawa berpolitik boleh merangsangkan pemikiran berdisiplin itu suatu tanggapan yang terpesong. Pendidikan itu pemikiran berdisiplin harus difahami bukan pemikiran beremosi dan popular.
AUKU tidak sedikitpun menghalang sesiapa yang berkelayakan mengundi. Siapa yang tidak mahu kebebasan. Tetapi kebebasan tanpa peraturan akhirnya!!! perhimpunan seperti seksualiti Merdeka apakah itu kebebasan??
Catat Ulasan