03 November 2011

Polis haramkan Seksualiti Merdeka


Timbalan Ketua inspektor-polis Khalid Abu Bakar telah mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka'.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Sungai Besi hari ini, Khalid berkata polis akan mengambil tindakan terhadap program yang akan dijadualkan pada 9 hingga 13 November.

Katanya, pihak polis bertanggungjawab untuk mengekalkan ketenteraman awam.

Khalid berkata, apabila terdapat ancaman kepada ketenteraman awam, maka pihak polis perlu mengambil sewajarnya."

Arahan itu tersebut datang dari pihak polis sendiri, tambah Khalid.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina.

Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan.

Ia dijangka dirasmikan oleh Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Khalid berkata polis telah
mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran rogram itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

"Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A kta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu," katanya.

Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan ongsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

"Polis menerima banyak bantahan dari pihak Badan Bukan Kerajaan termasuk badan Agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam," katanya- MK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...