31 Oktober 2011

BAPA SAUDARA JOHARI BAHAROM SERTAI PAKATAN RAKYAT (PKR)

[Panas] Bapa Saudara Johari Baharom Sertai Pakatan Rakyat


Changlon : Pak Su Dan (Shahidan), bapa saudara kepada Johari Baharom telah mengisi borang masuk PKR.

Beliau hari ini telah menceritakan segala-galanya tentang Johari Baharom. Johari menurutnya, telah banyak menaburkan janji kosong kepada rakyat terutamanya di kawasan Parlimen Kubang Pasu.

Di kedai makan Pak su Danlah yang menjadi markas bagi Johari Baharom, Markaz Dato Zaini, dan puteri Umno. Tetapi semasa pilihanraya sahaja, selepas Pilihanraya, Pak Su Dan terus dilupakan oleh Johari Baharom.

Beliau juga telah menarik lebih 200 orang untuk masuk PKR. Pak Su Dan berpendapat, jika dia tidak dilawat tak ape, tetapi haruslah menjadi tangungjawab seorang pemimpin untuk balik melihat rakyat.

Bukan sahaja Pak Su Dan, malah pemandu-pemandu teksi kawasan changlun berasa kesal dengan tindakan Johari Baharom yang menaburkan jnji kosong kepada mereka.

Tahun lepas, satu persidangan antara Johari Baharom, agensi-agensi yang bertangungjawab dengan pemandu-pemandu teksi telah dibuat dan pemandu-pemandu teksi telah dijanjikan oleh mereka untuk menyelesaikan masalah mereka iaitu pemandu pemandu teksi Siam yang mengugat pendapatan pemandu teksi tempatan, namun ia hanyalah janji kosong.

Sehingga hari ini, setahun lebih, mereka tidak mendapat apa-apa jawapan dari pihak Johari Baharom. Pihak pakatan rakyat telah berjumpa dengan mereka, dan akan usulkan kepada pusat dan meminta pusat mengkaji semula sistem keselamatan. -wikimalay/greenboc


Komen: Harap PKR Kedah, jangan Buat janji Kosong , buat setakat mampu sudahlah orang pun faham kemampuan kerajaan negeri, Tapi masalahnya bila seronok lebih banyak Pemimpin PKR cakap tak serupa bikin (SS).

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya akan jelaskan isu ini, agar masyarakat dapat membuat penilaian tentang apa yang sebenarnya yang telah berlaku berhubung isu ini. Berikut adalah kronologi mengenai apa yang telah berlaku:
(i) 11 Jun 2010, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Perkhidmatan Kereta Sewa/Teksi Changlon Berhad di T Hotel, Changlun telah diadakan. Saya telah dimaklumkan mengenai masalah kemasukan teksi Thailand dan akan membawa perkara ini kepada pihak berkenaan.
(ii) 26 Jun 2010, saya telah menganjurkan Majlis Dialog Interaksi dan Penyerahan Memorandum Bantahan dari Ahli-ahli gabungan Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Malaysia di dewan EDC Hotel UUM Sintok telah diadakan. Majlis tersebut dihadiri Encik Abdul Rahman bin Daud, Pengarah Peguatkuasa JPJ Malaysia, Kementerian Pelancongan dan Polis Trafik Negeri Kedah.
(iii) 24 Ogos 2010, saya bersama YB Datuk Abdul Rahim Bakri, Tim. Menteri Pengangkutan telah mendengar taklimat mengenai isu ini di Pejabat JPJ Bukit Kayu Hitam.
(iv) 24 Februari 2011, YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan lawatan di Kolej Matrikulasi Kedah. Cadangan telah dibuat kepada Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa agar menyerahkan memorandum kepada YAB Timbalan Perdana Menteri pada hari tersebut, tetapi mereka tidak berbuat demikian. Walaubagaimanapun, dalam ucapan, saya ada memaklumkan mengenai masalah ini dan YAB Timbalan Perdana Menteri didalam ucapan balasnya memaklumkan bahawa beliau mengambil maklum mengenai perkara tersebut.
(v) 14 November 2011, saya sekali lagi menulis surat kepada YB Datuk Abdul Rahim Bakri, Tim. Menteri Pengangkutan untuk mengadakan perjumpaan sekali lagi dengan Persatuan Pemandu Teksi Bukit Kayu Hitam. Saya sedang menunggu jawapan dan tarikh perjumpaan daripada YB Tim. Menteri Pengangkutan.
Sebagai Ahli Parlimen Kubang Pasu, saya telah bertindak sedaya upaya saya untuk membantu pemandu-pemandu teksi di Kubang Pasu. Tidak benar bahawa saya tidak menunai janji dan perkara ini dibangkitkan atas niat jahat pihak tertentu. Kemelut teksi ini melibatkan hubungan antara Malaysia dan Thailand dan hanya boleh diselesaikan di peringkat yang tertinggi. Harap dengan penjelasan ini, isu ini difahami oleh semua pihak. Terima kasih.

Dato' Wira Mohd. Johari Baharum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...