04 November 2011

TEMBERANG RAIS DI LONDON: JENAYAH SIBER

Jenayah siber: ‘Indah khabar dari rupa’

Pada realitinya jenayah yang dimaksudkan oleh Rais ialah selagi ianya menguntungkan Umno-BN ianya bukanlah satu kesalahan.

PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat tidak yakin kerajaan Umno-Barisan Nasional mampu bersikap adil setelah satu mekanisme jaringan antarabangsa dibentuk bagi menangani masalah jenayah siber seperti diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
“Saya tidak yakin Umno-BN boleh bersikap adil apabila mekanisme jaringan antarabangsa dilaksanakan kelak kerana apa yang berlaku di Malaysia jauh langit dari bumi, seperti apa yang dihasratkan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Seorang, Drs Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam Persidangan London mengenai Ruang Maya di bandar kosmopolitan itu semalam, Rais berkata, persidangan ini berjaya membuka mata dunia supaya menentukan bahawa jenayah siber harus ditangani secara bersekutu sama ada di peringkat nasional, wilayah atau antarabangsa.
Khalis Idham berkata, kenyataan Rais kononnya jenayah siber harus ditangani secara bersekutu sama ada di peringkat nasional, wilayah atau antarabangsa adalah ‘indah khabar dari rupa’ dan merupakan usaha untuk perbodohkan rakyat.

“Bayangkan apabila kumpulan yang memfitnah (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan klip video lucah dengan menyerahkan satu salinan asli kepada pihak polis namun tidak beberapa lama sesudah itu disiarkan dalam blogger pro Umno tanpa henti dan batasan, apa lagi dihalang.
Klip video

“Dari situlah beredarnya klip video dan menjadi tayangan umum di tempat awam dan kursus serta majlis resmi kerajaan termasuk di Kuala Kangsar baru-baru ini,” terang beliau.
Beliau mempertikai ketulusan Rais untuk membanteras jenayah siber di peringkat antarabangsa sedang di negaranya sendiri dalam keadaan porak peranda dan tidak ada tindakan yang serius.
“Apa lagi kita punya bukti bahawa Umno sanggup mengupah sekumpulan blogger dan melakukan berbagai fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat serta menghalalkan jenayah siber yang dikatakan,” ujar beliau.

Khalil Idham berkata, Rais nampaknya cuba berbohong kononnya sumbangan Malaysia dalam menangani keganasan dan masalah keselamatan siber turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa sedangkan realiti yang berlaku di Malaysia yang ditangani hanya sebelah pihak sahaja walaupun ianya berasas dan punya fakta.

“Kalaupun berupa fitnah dan rekaan blogger pro Umno demi menjatuhkan dan memburukkan pimpinan Pakatan ianya dibiarkan dan semacam bukan jenayah siber yang dilaungkan.
“Pada realitinya jenayah yang dimaksudkan oleh Rais ialah selagi ianya menguntungkan Umno-BN ianya bukanlah satu kesalahan, tetapi kalau ianya menggugat kuasa dan kedudukan Umno dan pemimpinnya ianya adalah jenayah siber.-FMT

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...