03 November 2011

'Mat Rempit' Pulau Pinang permulaan anarki Umno yang menjelang PRU-13

Written by Jackson Ng

Apa yang dilabel polis dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai "Mat Rempit"? Jika polis dan BN sedang amnesia, izinkan saya mengingatkan mereka semula -samseng jalan raya.

Pihak polis dan BN telah berkata bahawa orang ramai tidak perlu memuliakan istilah Mat Rempit kerana pembuli jalan ini tiada beza daripada samseng-samseng dan penjenayah. Mereka adalah gangguan dan ancaman kepada keamanan yang dicintai rakyat Malaysia.

Tetapi, apa pula yang berlaku di George Town?

Tidak ada sekatan dibuat ke atas samseng jalan raya yang dibenarkan untuk berkeliaran di jalan-jalan dan membuat tunjuk perasaan terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang secara haram,(saya kira). Atau adakah mereka mendapat permit polis?

Berbeza dengan perhimpuan aman Bersih 2.0, penunjuk perasaan telah diserang dengan kejam oleh pihak polis. Walaubagaimanapun, ini tidak berlaku kepada samseng jalan raya. Dan apakah tuntutan penunjuk perasaanBersih? Mereka hanya mahu hak-hak sejagat rakyat yang mahukan pilihan raya yang bebas dan adil.

Dalam kes samseng jalan raya, pihak polis hanya berdiri dan menonton, membenarkan mereka mewujudkan kekacauan dan menjerit perkataan-perkataan yang menghina kaum.

Dan adakah anda masih ingat terdapat kecederaan dan kematian yang disebabkan oleh samseng jalan itu, seperti yang didakwa oleh pihak polis pada masa lalu?

Malaysia kini tiada undang-undang

Jadi, apa yang anda ada sekarang di Malaysia? Seperti yang saya telah tulis dan takuti, Malaysia hari ini adalah sebuah negara tanpa undang-undang.

Undang-undang itu digunakan untuk melayani kepentingan BN-Umno dan bukan rakyat.Umno adalah undang-undang, bukan Perlembagaan Persekutuan, polis atau badan kehakiman.

Bagaimana lagi untuk menjelaskan kekurangan tindakan oleh pihak polis terhadap samseng jalan raya? Apabila mereka berkhidmat untuk kepentingan BN-Umno, segalanya ok sahaja. Keselamatan awam boleh dikemudiankan.

Bukan semata mempertahankan samseng jalan raya, saya tidak akan terkejut jika BN-Umno akan bertindak balas seterusnya dengan mengatakan bahawa Mat Rempit adalah sebahagian daripada "budaya" kita. Anda akan percaya pada itu sekiranya anda penyokong tegar BN-Umno.

Dan apakah permintaan tidak masuk akal, samseng jalan raya ini telah buat? Mereka mahu kerajaan negeri menggunakan wang pembayar cukai untuk membina sebuah trek perlumbaan untuk mereka. Saya rasa Pakatan Rakyat (PR) yang menerajui kerajaan negeri buat kali pertamanya perlu menyokong tuntutan BN-Umno untuk samseng jalan raya ini.

Membina trek perlumbaan dan biarkan samseng jalan raya zoom sesuka hati dan membunuh antara satu sama lain dalam kemalangan.

Terhinanya pihak polis

Dalam keadaan yang memalukan, Polis di-Raja Malaysia telah meninggalkan peranan mereka yang paling penting - untuk melindungi rakyat daripada penjenayah, .

Bayangkan apa yang akan terjadi jika di tengah-tengah demonstrasi oleh samseng jalan ini kemalangan teruk pula berlaku? Siapa yang harus dipersalahkan? Samseng jalan raya atau polis?

The Sun melaporkan hari ini (Nov 2, 2011) bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa dia "sedikit gentar" oleh demonstrasi yang dibuat kira-kira 300 penunggang motosikal ini.

Saya faham mengapa Lim sedikit gentar. Pihak polis telah melepaskan dan membenarkan samseng –samseng ini berkeliaran di jalan-jalan raya. Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan rupanya kini tidak dapat bergantung kepada pihak polis untuk menyediakan keselamatan awam yang asas

Kerajaan BN-Umno akan mengalami keruntuhan dengan sokongan pihak polis terhadap samseng jalan raya ini.

Anarki Negeri yang disokong untuk terus berkuasa

Perasaan takut kehilangan kuasa politik telah menjadikan mereka paranoid, menggunakan cara yang licik dan tidak beretika untuk memastikan perpecahan kaum dan agama untuk terus berkuasa. Strategi BN-Umno adalah jelas - pecah dan perintah.

Mereka juga telah lupa keperluan untuk menggalakkan persekitaran yang kondusif untuk mengekalkan keyakinan pelabur - untuk tempatan dan asing.

Selagi BN-Umno berupaya mencetuskan kebencian antara kaum dan agama di Malaysia, BN akan mempunyai kelebihan untuk kekal berkuasa, fikir mereka.

Malangnya, itu adalah pemikiran semalam. Hari ini, rakyat Malaysia lebih kaya maklumat dan dididik dalam era digital. Mereka boleh menilai sesuatu isu dengan lebih baik.

BN-Umno, seperti yang banyak telah diperkatakan adalah dinosaur yang kian pupus kerana mereka terus mengasingkan diri daripada majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Marilah kita doa agar kewarasan wujud dalam pilihan raya umum akan datang sebelum semuanya hilang -MC

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...