27 Februari 2015

BUKTI SAHIH 1MDB BAKAL DITAPAU?

Kabinet tidak lulus pinjaman RM3 bilion untuk 1MDB



Tun Razak Exchange adalah antara projek pembangunan milik syarikat pelabur strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini bergelut dengan hutang berbilion ringgit. 

Kabinet menolak cadangan suntikan RM3 bilion tunai bagi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang sarat dengan hutang, menyempitkan lagi pilihan pembiayaan bagi pelabur strategik itu untuk membayar balik hutang pada masanya.

The Malaysian Insider difahamkan, majoriti menteri semasa mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu lalu tidak meluluskan minit mesyuarat minggu sebelumnya yang menyatakan jumlah dicadangkan itu.

"Kabinet menolak cadangan menyuntik RM3 bilion tunai untuk 1MDB," sumber memberitahu The Malaysian Insider di Kuala Lumpur malam tadi.


Sumber lain turut mengesahkan keputusan Kabinet itu, yang dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada syarikat milik penuh kerajaan itu yang ditubuhkan pada 2009 bagi membuat pelaburan dalam sektor ekonomi utama di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Pilihan makin sempit untuk Kementerian Kewangan kerana 1MDB tidak boleh mengumpul dananya sendiri sekarang. Ia pada dasarnya memerlukan wang daripada satu-satunya pemegang sahamnya, iaitu kerajaan," kata sumber lain.

Najib, yang juga menteri kewangan, mengetuai lembaga penasihat 1MDB, yang setakat ini menceburi dalam dua pembangunan hartanah yang besar di Kuala Lumpur dan memiliki 15 loji tenaga dan air di rantau Asia.

Berita buruk buat 1MDB

Keputusan Kabinet itu merupakan satu lagi berita buruk bagi 1MDB, beberapa hari selepas agensi berita Bloomberg melaporkan bon syarikat itu diniagakan seperti sampah ketika pelabur tiada maklumat jelas berhubung rancangan syarikat itu menutup perniagaannya dan menjual asetnya.

1MDB berkata minggu lalu ia tidak akan menjalankan sebarang pelaburan baru selepas ia membentuk entiti yang berasingan bagi projek hartanah dan memperoleh pulangan tunai daripada penjualan perniagaan tenaganya.

Ia membayar balik hutang RM2 bilion pada 13 Februari dengan pinjaman daripada hartawan Malaysia T Ananda Krishnan tetapi itu tidak menyelesaikan masalah bagi firma itu, yang mempunyai jumlah hutang melebihi RM42 bilion, khidmat hutang tahunan sebanyak RM2.31 bilion dan juga aliran tunai negatif RM2.25 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2014.

Sumber memberitahu The Edge Financial Daily awal minggu ini, Kementerian Kewangan menyedari masalah aliran tunai dihadapi 1MDB dan tahu ia mungkin tiada pilihan selain untuk campur tangan dengan suntikan RM3 bilion itu.

Tetapi untuk itu terjadi, kelulusan perlu diberikan Kabinet, memandangkan jumlah wang besar yang terlibat dan semua kontroversi sekitar 1MDB.

Bil perbendaharaan

Putrajaya pada 11 dan 12 Februari memperoleh RM2.1 bilion melalui dua terbitan bil perbendaharaan yang menurut peniaga pasaran wang merupakan jumlah yang luar biasa besarnya.

Sumber memberitahu The Edge Financial Daily, Kementerian Kewangan mungkin sedang menyediakan wang itu sekiranya ia perlu membantu 1MDB.

Suntikan tunai itu perlu dilakukan sebelum tahun kewangan berakhir 1MDB yang akan datang iaitu 31 Mac, 2015 - hanya lima minggu lagi.

Walaupun ramai yang menyuarakan kebimbangan, pegawai di Kementerian Kewangan sentiasa menegaskan 1MDB dalam keadaan baik daripada segi kewangannya dan kerajaan hanya perlu memberi RM1 juta sebagai modal permulaan kerana ia cukup kuat untuk membuat pinjaman bagi membiayai dirinya sendiri.

Presiden baru 1MDB Arul Kanda Kandasamy, dalam satu kenyataan akhbar pada 18 Februari berhubung kajian strategiknya berkata, 1MDB akan berhenti membuat pinjaman mulai sekarang.

Hutang yang besar

Sumber berkata, hakikatnya ialah 1MDB kini tidak lagi boleh membuat pinjaman di pasaran - baik melalui pinjaman bank mahu pun terbitan bon.

"Saiz hutangnya sebanyak RM42 bilion, aliran tunai negatif besar yang dialaminya dalam tempoh 2 tahun lepas, dan kesukaran yang dihadapinya untuk membayar pinjaman RM2 bilion itu menjadikannya mustahil bagi mana-mana bank memberinya pinjaman," kata seorang pegawai bank.

"Pelabur bon juga akan menjauhkan diri daripada sebarang hutang baru yang mahu dikeluarkannya."

1MDB baru-baru ini membatalkan bon Islamik RM8.4 bilion yang dirancangnya bagi mengumpul wang tunai untuk membiayai projek tenaga 3B.

Pihak bank mengatakan ia dibatalkan kerana sambutan yang tidak menggalakkan.

Sumber berkata bank juga mengambil maklum hakikat yang 1MDB menghadapi kesukaran meneruskan rancangan mengapung aset tenaganya bagi meningkatkan tunai.

SUMBER BERITA

1 ulasan:

pak aris berkata...

JIKA ANDA INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP AKI DARMO DI NMR (_082-310-142-255_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 5 X TERBUKTI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...