26 Februari 2015

AKHBAR TERSOHOR DI MALAYSIA RUGI RM82.64


Kumpulan Utusan rugi RM82.64 juta tahun 2014

Pendapatan merosot kepada RM291.32 juta bagi tahun dalam semakan daripada RM342.43 juta.


KUALA LUMPUR: Kerugian pracukai Utusan Melayu (Malaysia) Bhd meningkat tiga kali ganda kepada RM82.64 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014, daripada RM20.39 juta sebelum ini disebabkan pendapatan lebih rendah dan caj susut nilai lebih tinggi bagi perniagaan dan lain-lain bil belum terima.

Pendapatan merosot kepada RM291.32 juta bagi tahun dalam semakan daripada RM342.43 juta sebelum ini disebabkan kelemahan sumbangan oleh segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan.

Pendapatan segmen berkenaan dalam suku terakhir susut 13.5 peratus, disebabkan terutamanya oleh pengurangan ketara dalam pengiklanan, kata syarikat penerbitan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, lapor Bernama.

Kumpulan itu mengunjurkan 2015 sebagai tahun yang mencabar disebabkan peningkatan persaingan dalam penguasaan pasaran bagi perbelanjaan pengiklanan dan edaran akhbar.

“Bagaimanapun kami akan meneruskan pelaksanaan strategi menambah baik kandungan akhbar kami dan menawarkan pakej kreatif untuk pengiklanan,” kata syarikat itu.

Kumpulan juga akan terus melaksanakan strategi penjimatan kos dalam operasi perniagaan termasuk mengambil langkah mengurangkan kadar pengembalian dengan memastikan peruntukan bekalan akhbar dan majalah dibuat secara cekap. ~FMT

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...