22 Februari 2015

Gambar-gambar Sultan Kelantan cemar duli ziarah kubur Nik Aziz

Sultan Kelantan cemar duli ziarah kubur Nik Aziz

Turut hadir bersama baginda adalah Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad. -Foto ihsan Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU, 22 Februari:

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini berangkat mencemar duli menziarahi kubur bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Turut hadir bersama baginda adalah Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad.

Baginda meluangkan masa membaca surah Yasin dan menyedekahkan doa kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan bekas Mursyidul Am PAS.

Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, 84, meninggal dunia pada jam 9.40 malam, Khamis lalu.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Pulau Melaka yang terletak berhampiran rumah beliau sebelum disemadikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam, dan telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak.

Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.


3 ulasan:

mat roger berkata...

sy cadang supaya kita jangan guna perkataan cermar duli bila Tuanku turun padang lebih2 lagi bila Tuanku ziarah rakyat.. Sy rasa Tuanku pun tak suka dan tak suruh guna bahasa begitu... seolah2 rakyat ni punya la hina hingga tercemar duli Tuanku bila ziarah rakyat... kadang2 tu kita je lebih sudu dari kuah... bila Tuanku turun padang ziarah rakyat maka akan lagi tinggilah darjat Tuanku dimata rakyat... itu bahasa istana yg tidak sesuai utk d guna skrng

Tanpa Nama berkata...

Sokong komen mat roger ,masih byk bahasa2 istana yg tak sepatut nya di gunakan lagi.maaf kalau tersalah.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...