05 Disember 2014

Kerajaan Jangan sekali-kali anggap mereka bangang, bodoh, dungu, tongong dan bahlul.” Terus terang lagi baik

Kadir Jasin ramal ekonomi tahun depan alami malapetaka

Soalnya, bolehkah kita percaya kepada dakwaan bahawa fundamental ekonomi kita kukuh apabila bukan saja harga komoditi utama kita jatuh malah kadar tukaran mata wang kita pun jatuh juga?





KUALA LUMPUR : Wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin dalam penulisan di blognya hari ini menyarankan pihak kerajaan untuk mengakui realiti semasa dan berterus terang kepada rakyat jelata mengenai ekonomi semasa yang menurutnya akan mengalami malapetaka.

“Lebih baik membuatkan mereka kurang gembira dengan menyatakan kebenaran daripada membuatkan mereka marah apabila malapetaka ekonomi melanda mereka.”

Harga minyak mentah, kelapa sawit, getah yang merudum.

Kadir menulis bahwa penurunan harga minyak mentah, minyak kelapa sawit dan getah banyak mempengaruhi dan memperburuk ekonomi negara.

Petronas sendiri sudah memberi amaran bahawa pembahagian dividen kepada kerajaan tidak lagi dapat diberi dalam kadar yang tinggi seperti dahulu, bahkan Petronas sudah mengurangkan perbelanjaan modal (CAPEX) demi mengantisipasikan malapetaka ekonomi ini pada tahun depan.

Nilai dagangan Ringgit jatuh


Kadir juga mengatakan Gabenor Bank Negara, Zeti Aktar Aziz mengelirukan apabila berkata nilai Ringgit naik dan jatuh adalah bagus.

Beliau mengutip laporan The Star pada 1 Disember, dimana kadar tukaran ringgit jatuh paling banyak dalam sehari sejak Krisis Kewangan Asia 1997-98 kepada RM3.4320 bagi satu dolar Amerika.

Pada 4 Disember, akhbar yang sama menyiarkan analisis prestasi mata wang Ringgit yang menyimpulkan bahawa Ringgit jatuh berbanding kebanyakan mata wang rakan perdagangan utama negara.

Ringgit jatuh 5.61% berbanding dolar Amerika, 5.58% berbanding dolar Hong Kong, 3.93% berbanding Baht, 2.93% berbanding Rupee, 2.44% berbanding dolar Taiwan dan 0.95% berbanding dolar Singapura. Duit kita naik berbanding Yen (9.40%), Euro (5.91%), dolar Australia (4.32%), pound Inggeris (2.31%) dan Rupiah (0.73%).

Harga dagangan di Bursa Saham

Kadir menulis berkenaan harga saham dan jumlah dagangan di Bursa Malaysia yang semakin menurun dimana prestasi syarikat-syarikat yang disenaraikan dengannya lebih banyak yang negatif daripada positif dan majoritinya melaporkan penurunan keuntungan.

Beliau mengutip The Star, akhbar milik MCA dan mewakili sentimen masyarakat dan perniagaan Cina, pada 3 Disember yang melaporkan analisis pendapatan suku ketiga tahun ini (Julai-September) bagi syarikat-syarikat Bursa Malaysia dimana hanya dua daripada lima sektor utama ekonomi meningkat. Automotif naik 18.2% dan perbankan 1.6%, tetapi perkhidmatan jatuh 58.5%, komoditi jatuh 37.7% dan minyak dan gas jatuh 29.3%. Perkhidmatan menyumbang lebih daripada 50% kepada kegiatan ekonomi negara.

Kelembapan eksport

Kadir sekali lagi mengutip laporan The Star yang meramalkan yang kelembapan eksport mungkin mengakibatkan Malaysia mengalami defisit kembar (twin deficit), iaitu defisit akaun semasa dan defisit perdagangan berdasarkan ulasan ketua ahli ekonomi AllianceDBS (bank), Manokaran Mottain.

Kredibiliti maklumat rasmi

Kadir juga mengulas tentang kredibiliti maklumat rasmi tentang kedudukan ekonomi yang disiarkan oleh kerajaan.

“Saya tidak menyalahkan pemerintah dan media massa kawalannya kerana menghebahkan berita baik dan menguar-uarkan prestasi ekonomi yang dikatakan baik sehingga mendapat pujian pemimpin dunia.”

Beliau mengakui bahawa angka kasar menunjukkan ekonomi sihat jika pertumbuhannya jika diukur daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK/GDP) namun angka kasar boleh memesongkan.

Kenyataan Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hazadlah, bahawa keyakinan matlamat mengurangkan defisit belanjawan 2014 kepada 3.5% KDNK masih boleh dicapai walaupun harga minyak jatuh teruk. Begitu jugalah kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Tengku Zafrul Aziz bahawa asas ekonomi (economic fundamentals) negara terus kukuh dan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid melihat prospeks ekonomi sebagai bercampur (mixed).

Jangan pesongkan fakta ekonomi


Kadir mengakhiri penulisannya dengan saran dan nasihat kepada pihak kerajaan untuk berterus terang kerana banyak lagi fakta dan ramalan ekonomi yang menjurus ke arah keadaan yang sukar dan mencabar bagi ekonomi negara tahun ini dan tahun hadapan termasuk pencupan ekonomi di Eropah, Australia dan China.

“Yang utama sekarang adalah berkongsi maklumat secara rasional dan terbuka dengan rakyat jelata. Bukan berdolak-dalik dengan mereka apatah lagi memesongkan mereka dengan berita-berita baik yang sengaja diada-adakan.”

Kadir berpendapat rakyat tidak bodoh kerana mengerti ‘practical economy’, mereka sudah mengalami kenaikan harga akibat pemansuhan subsidi minyak dan kenaikan harga barang walaupun GST belum dilaksanakan.

“Mereka tahu harga getah dan kelapa sawit merudum kerana mereka yang mengeluarkannya. Mereka tahu ringgit Malaysia tidak bernilai seperti dulu lagi kerana hari-hari mereka beli-belah sendiri. Jangan tunggu mereka marah. Terus teranglah dengan mereka. Jangan sekali-kali anggap mereka bangang, bodoh, dungu, tongong dan bahlul.”

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...