01 Disember 2014

TERKINI: RINGGIT HAMPIRI PARAS TERBURUK SEJAK JUN 1998

Ringgit hampiri paras terburuk sejak Jun 1998

EKONOMI,  OLEH BLOOMBERG



Mata wang ringgit bergerak ke arah trend penurunan terbesar dalam sejarah sejak krisis kewangan Asia 1997-1998 sekali gus menyebabkan kerugian kepada pasaran berkembang pantas berikutan kebimbangan berlarutan terhadap penyusutan pendapatan negara pengeksport minyak ini.

Ringgit lemah sebanyak 1.3 peratus kepada 3.4250 berbanding AS$1 pada jam 10.38 pagi tadi.

Menurut data yang dikumpul Bloomberg, nilai Ringgit merosot sebanyak 2.3 peratus dalam tempoh dua hari, penurunan terburuk sejak Jun 1998, sebelum Malaysia mengamalkan tambatan ringgit yang kekal sehingga 2005.

Harga minyak mentah Brent susut 2.3 peratus hari ini, paras terendah dalam tempoh hampir lima tahun selepas OPEC membuat keputusan untuk tidak mengurangkan pengeluaran bagi tujuan melonjakkan harga.

Kehilangan potensi pendapatan menyukarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengurangkan defisit fiskal kepada tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNk) berbanding 3.5 peratus tahun ini.

“Malaysia merupakan negara Asia yang paling terjejas akibat penurunan harga minyak.

Ringgit pula dijangka boleh menyusut sehingga 3.45 pada minggu ini, kata Pakar Strategi Commonwealth Bank of Australia yang berpangkalan di Singapura, Andy Ji.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...