05 Disember 2014

APALAH BANGANG SANGAT KETUA PEMBANGKANG...JAWATAN & GAJI MAU BUAT KERJA TAK MAU...SEMUA MACAM OTAK UDANG...




Sidang Belanjawan 2015 Dun Selangor masuk hari ke-7.Kehadiran pembangkang Umno semakin lesu. Dari 12 adun tinggal 2....makin pupus.....mana noh udang.....


Letak jawatan ketua pembangkang jika tak mahu pimpin PAC, kata Speaker Selangor



Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh menegaskan ketua pembangkang negeri menerima jawatan dalam PAC itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias perlu meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sekiranya berhajat menolak pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC) negeri itu, kata Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh.

Yeoh yang juga Adun Subang Jaya berkata, Shamsudin tidak lagi mempunyai alasan menolak jawatan berkenaan memandangkan Peraturan Tetap 68(1) (Pindaan) DUN Selangor yang diluluskan hari ini mengkehendaki ketua pembangkang mengetuai jawatankuasa berkenaan.

"Beliau tidak boleh menerima fasiliti yang disediakan tanpa menjalankan tugasnya," kata Yeoh pada sidang media di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, hari ini.

"Jika menolak pelantikan ini, beliau perlu meletak jawatan sebagai ketua pembangkang kerana peraturan itu menetapkan, ketua pembangkang harus mengetuai jawatankuasa tersebut."


Shamsudin menolak pelantikannya yang diputuskan hari ini atas alasan berlaku ketidakseimbangan dalam pelantikan tujuh anggota PAC negeri itu.

"Saya tidak bersetuju pelantikan itu atas dasar penguatkuasaan, kalau nak bagi kuasa kena berkesan.

"Jika majoriti (ahli) diberikan kepada Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang, saya terima," kata Shamsudin kepada pemberita sebelum itu.

"Saya minta pembangkang ini ada majoriti. Kalau kita buat teguran, kita adalah majoriti, kalau mereka tidak hadir mesyuarat apa saya boleh buat," katanya, dan menambah," Atas dasar prinsip itu, saya menolak, walaupun Dewan memutuskan."

Shamsudin berkata, pihaknya akan menghantar surat penolakan pelantikan itu kepada Yeoh dalam masa terdekat.

Yeoh bagaimanapun berkata, DUN mengkehendaki ketua pembangkang yang menjalankan tugas berdasarkan peraturan tetap yang diluluskan.

"Serupa seperti menteri besar, beliau tidak boleh menolak daripada menjalankan tanggungjawabnya apabila peraturan tetap mengarahkan sedemikian," kata Yeoh.

DUN Selangor hari ini memutuskan Shamsudin dilantik mengetuai anggota PAC, bersama seorang lagi wakil BN, dan lima lagi anggota yang terdiri daripada kalangan Adun Pakatan Rakyat (PR).

Turut bersama beliau dalam jawatankuasa itu adalah Adun Sekinchan (DAP), Ng Suee Lim, Adun Kajang (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Adun Batu Tiga (PKR) Rodziah Ismail, Adun Balakong (DAP) Ng Tien Chee, dan Adun Meru (PAS) Dr Abd Rani Othman, serta Adun Jeram (BN) Datuk Amiruddin Setro.

DUN Selangor mempunyai 10 jawatankuasa pilihan dengan setiap satu daripadanya terdiri daripada tujuh ahli merangkumi keanggotan daripada parti dari BN dan PR

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...