05 November 2014

PANAS! PUTRAJAYA TERLEBIH BAYAR KERETA RASMI PROTON PERDANA




Putrajaya terlebih bayar kereta rasmi Proton Perdana, kata ahli Parlimen DAP




Ahli Parlimen Kampar Ko Chung Sen mendakwa kos bagi kereta rasmi kerajaan daripada model Proton amat tidak masuk akal kerana amat jelas kerajaan membayar melebihi harga pasaran. 

DAP hari ini mendakwa Putrajaya memperuntukkan sejumlah RM250,000 bagi pembayaran penggunaan kereta rasmi kerajaan model Proton Perdana 2.4 versi eksekutif bagi tempoh lima tahun.

Ahli Parlimen Kampar Ko Chung Sen mendakwa kos bagi kereta rasmi tersebut amat tidak masuk akal di mana jelas kerajaan membayar harga melebihi harga pasaran.

Beliau mengulas jawapan bertulis di Parlimen yang diterimanya menyatakan kereta limosin Proton Perdana yang digunakan perdana menteri dan timbalannya bernilai RM295,000.

"Jawapan itu menyatakan tidak ada kos sewaan kerana Putrajaya membeli dengan nilai RM295,000 bagi sebuah kereta.

"Namun jumlah tersebut hampir serupa dengan bayaran kereta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng iaitu RM298,263.75.

"Ini seperti mereka membayar nilai wang yang hampir sama bagi kereta jenis Mercedes tetapi untuk Proton iaitu kereta buatan tempatan," katanya pada satu sidang media di Parlimen hari ini.

Katanya, jawapan Parlimen daripada Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak itu mengatakan 200 unit pertama kereta itu ialah sebahagian daripada 3,000 unit dalam program penggantian kereta Proton Perdana secara berperingkat.

"Kos sewaan bersih tidak termasuk penyelenggaraan bagi Proton Perdana baru 2.4 Executive berjumlah RM3,284.84 sebulan dan Proton Perdana baru 2.0 Standard berjumlah RM2,892.32 sebulan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan membayar hampir setengah juta ringgit hanya untuk kos sewaan dan penyelenggaraan kenderaan yang tidak menjadi milik kerajaan sepenuhnya.

"Mereka bayar hampir sejuta untuk kos sewaan dan itu tidak termasuk penyelenggaraan. Dan akhirnya, ia bukan menjadi aset kerajaan pun," katanya.

Beliau juga mempersoalkan harga yang dibayar Putrajaya berbeza dengan nilai diperuntukkan kerajaan negeri Perak ketika membeli 12 unit Proton Perdana dengan harga RM115,000.
"Ia amat memalukan apabila satu dunia mengetahui perdana menteri, timbalan perdana menteri dan pegawai kerajaan kita menggunakan kereta model ciplak Honda Accord dengan kos terlebih tinggi," katanya.  ~SUMBER

1 ulasan:

Mat Tapu berkata...

Bila rakyat bising kang, tukang jual agama pun bius rakyat, "jangan lawan pemimpin, berdosaaaa..!" Kah kah kah .. Melayu terus tongong.. huhuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...