05 November 2014

MISTERI PUTING BELIUNG BERSIRI DI KEDAH AKAN TERUNGKAI PUNCANYA!!!


Misteri puting beliung bersiri di Kedah perlu dirungkai


ALOR SETAR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengakui fenomena pembentukan puting beliung yang terlalu kerap terjadi di Kedah sejak akhir-akhir ini sebagai suatu 'misteri' yang perlu dirungkai terutama dalam mencari punca pembentukannya di negeri ini.

Bagaimanapun, Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, tidak menolak kemungkinan kekerapan pembentukan puting beliung di negeri ini pada kadar yang kerap iaitu tiga kes dalam tempoh hampir sebulan, mempunyai kaitan dengan perubahan monsun.

Justeru, beliau berkata, pihaknya akan melakukan kajian mengenai fenomena itu untuk mencari sebab utama kenapa Kedah kini dilihat begitu sinonim sekali dengan pembentukan puting beliung yang kebiasaannya terbentuk di sekitar benua Amerika Syarikat.

"Puting beliung pernah direkod melanda beberapa negeri di sekitar Semenanjung pada tahun 2010 lalu iaitu di Pulau Pinang, Perlis dan juga Selangor, namun kejadian itu tidak sekerap yang berlaku di Kedah sejak akhir-akhir ini.

"Apa pun kita akan kaji kenapa fenomena ini boleh terbentuk di Kedah termasuk menilai kenapa ia berlaku dan apa punca serta kriteria yang menyebabkan puting beliung terbentuk... paling penting kita nak tahu kenapa Kedah menjadi destinasinya," katanya kepada BH.

Pada 14 Oktober lalu sekurang-kurangnya 10 premis membabitkan kediaman dan sebuah sekolah sekitar Kampung Alor Besar di Pendang, rosak teruk dilanda puting beliung yang disahkan dari jenis 'landspout', sebelum satu lagi insiden sama melanda lima kawasan terutama di Kampung Mergong Hilir, Kampung Sungai Baru dan Kampung Batin, di sini, menyebabkan 72 rumah serta klinik desa rosak, Jumaat lalu.

Terbaharu, angin kencang seakan-akan puting beliung disahkan jenis 'downdraft' turut melanda kawasan Taman Wira Mergong, di sini, petang kelmarin menyebabkan kira-kira 13 rumah rosak.

Ditanya mengenai peralihan monsun yang dikaitkan sebagai punca paling dekat pembentukan puting beliung di Kedah, Mohd Hisham berkata, ia menyebabkan angin datang dari pelbagai arah, malah keadaan atmosfera juga aktif semasa ini menyebabkan mudahnya pembentukan awan ribut.

"Keadaan ini sekali gus memudahkan pembentukan puting beliung, namun dari segi saintifiknya kita tak berapa pasti mengapa fenomena itu kerap terjadi dan ia pula tertumpu di Kedah sahaja.

"Hakikatnya sistem ramalan cuaca sama ada di negara ini atau di negara luar, tidak mempunyai keupayaan mengesan pembentukan puting beliung ini... maksudnya kita tak tahu di mana puting beliung itu akan bermula atau terbentuk.

"Malah, saiznya puting beliung yang terlalu kecil iaitu kurang daripada satu kilometer (km) turut menyukarkan usaha untuk mengesan pembentukannya. Kita ambil contoh puting beliung darat yang membadai beberapa kawasan di Kedah, ia hanya bersaiz kira-kira 20 hingga 30 meter dengan pergerakan 30 kilometer sejam (km/h)," katanya.

Fakta

Rekod kejadian puting beliung di Malaysia

28 Oktober 2010 - lebih 50 premis majoritinya rumah kediaman dilapor rosak akibat puting beliung di Jejawi, Perlis.

13 Jun 2010 - beberapa kawasan perumahan, gerai penjaja dan lebih 100 pokok tumbang dilanda puting beliung di Kota Damansara.

15 November 2010 - kejadian puting beliung direkodkan di kawasan Gurney, Pulau Pinang.

14 Oktober 2014 - 10 rumah kediaman dan sebuah sekolah di Pendang rosak dipukul puting beliung

31 Oktober 2014 - 72 rumah dan satu klinik desa sekitar lima kawasan di Alor Setar rosak dilanda puting beliung

2 November 2014 - 13 rumah rosak dilanda angin berpusar seakan-akan puting beliung di Taman Wira Mergong di Alor Setar

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak pyah buat kajianlah..ni semua peringatan/bala dr Allahtaala..sbb manusia skrg hanyut tlalu jauh,hukum hakam alquran diketepikan dan pemimpin yg ptingkan diri sdri.penindas dan zalim kpd rakyat..maka terimalah sdikit amaran dtpd Allah....

Tanpa Nama berkata...

Gud comment bro

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum wr.wb,saya ibu ade dari kupang ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada Aki atas bantuanya
kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan Aki penyelamat hidupku yang selama ini dari kemiskinang, pula yang telah memberikan
angka ritual kepada saya, yaitu 4 angka dan alhamdulillah itu bener-bener tembus. Sekali lagi makasih ya aki karna
waktu itu saya cuma bermodalkan uang 200 ribu dan akhirnya saya menang. berkat angka gaib hasil ritual AKI SUPALA.
saya sudah bisa membuka usaha yaitu Toko Sembako dan Jual Alat Bangunan, kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari
sebelumnya, Bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hub/sms AKI SUPALA.di nomor hp: 085-334-171-115-Ramalan AKI memang memiliki ramalan gaib” yang dijamin tembus.dan angka gaib,

Kami Berani Bersumpah Bahwa Ini Kisah Nyata Dari Kami Demih Allah Demi Tuhan.
Cuma AKI SUPALA.Yg Bisa Membuktikan Angkanya,
Karna Sudah Banyak Dukun2 Yg Kami Hubungi Tidak Ada Satupun Yg Membawakan Hasil.
Jika Anda Ingin Merasakan Kemenangan Dalam Permainan Angka Togel 2D,3D,4D 5D, 6D,di Jamin Tembus 100%.
Bilah Ada Waktu Silahkan Tlpon AKI SUPALA.Nomor Hp: : 085-334-171-115-DISINI JUGA ADA JUAL BELI TUYUL-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...