10 Oktober 2014

PUTRAJAYA PUN DAH BUAT KERJA SEMACAM JKKP? MARI TENGOK BUKTINYA......

Putrajaya sengaja jauhkan pelabur dari Pulau Pinang, kata Guan Eng



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Pulau Pinang dijadikan seolah-olah anak tiri dengan tiada kuota pelaburan, respons yang lewat tentang projek dan projek yang tidak berjalan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 10 Oktober, 2014.

Daripada pelaburan asing kepada infrastuktur dan bekalan air mentah, kerajaan Pulau Pinang mengatakan kerajaan pusat menjadi punca kelewatan projek-projek ini.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata tindakan Putrajaya itu hanya akan merosakkan negara, kerana pelabur asing yang kecewa dengan kelewatan akan mencari lokasi pelaburan lain.

Agensi kerajaan bekukan pelaburan

Lim mendakwa Putrajaya juga membekukan usaha Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) menarik pelabur asing ke negeri itu.

Beliau berkata agensi kerajaan itu menghentikan usaha memperkenalkan dan menyarankan syarikat serta tidak lagi memberikan maklumbalas kepada surat daripada kerajaan negeri untuk menyokong atau melakukan semakan terhadap pelaburan yang berpotensi.

Situasi itu menyebabkan beberapa pelabur besar hilang minat melabur di Pulau Pinang dan Malaysia disebabkan kelewatan memperolehi jawapan, katanya.

"Kami menerima pertanyaan daripada beberapa syarikat multinasional. Disebabkan respon MIDA yang begitu lewat, mereka merancang untuk melabur ke negara lain," katanya, namun enggan mendedahkan syarikat berkenaan atas faktor kerahsiaan.

Lim turut mempersoalkan mengapa Putrajaya seolah-olah menjadikan Pulau Pinang seperti “anak tiri.”

"Lagipun, jika mereka (pelabur berpotensi) tidak memilih Pulau Pinang, mereka tidak akan ke negeri lain. Mereka akan ke negara lain," katanya dalam satu wawancara eksklusif kepada The Malaysian Insider.

Fungsi utama MIDA adalah termasuk menyemak permohonan untuk lesen pembuatan, insentif cukai, kedudukan ekspatriat dan pengecualian cukai. Itu merupakan tugas agensi kerajaan tersebut bagi mempromosikan sektor perkhidmatan dan pembuatan.

Dengan lebih 300 syarikat multinasional, Pulau Pinang mencatatkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) terbesar di Malaysia daripada 2010 sehingga Ogos 2013, dengan sejumlah RM19.7 bilion atau hampir 20% daripada keseluruhan FDI negara bernilai RM103 bilion.

MIDA bagaimanapun berhenti memperkenalkan pelabur sejak tahun lalu, kata Lim.

"Tiada sebarang komunikasi. Kemudian, apabila kami menulis kepada mereka tiada sebarang jawapan," tambahnya.

Menurut statistik terkini MIDA, Pulau Pinang menerima RM2.34 bilion dalam pelaburan asing bermula Januari hingga Mei tahun ini, di belakang Sarawak (RM7.45 bilion), Pahang (RM4.2 bilion), Kedah (RM4.1 billion) dan Johor (RM4.08 billion).

Lim berkata, beliau tidak menyalahkan pegawai MIDA, kerana beliau sedar mereka bekerja "mengikut arahan."

Beliau turut mempersoalkan sekiranya MIDA menetapkan kuota bagi pelaburan di Pulau Pinang. Beliau berkata, agensi berkenaan sering menetapkan kuota untuk setiap negeri bagi mencapai sasaran masing-masing.

"Mereka perlu mencapai sesuatu tahap sasaran. Apa sasaran untuk Pulau Pinang? Saya tidak fikir ada sebarang sasaran untuk Pulau Pinang," katanya.

"Kami harap akan ada jawapan kepada perkara ini," katanya, dan menambah, pelaburan di dalam negara sangat penting dan tidak seharusnya dipolitikkan.

Tercari-cari kunci infrastruktur

Lim juga meluahkan rasa khuatir berkenaan kurangnya penjelasan dalam rancangan Putrajaya untuk pelabuhan dan lapangan terbang, yang bukan di bawah bidang kuasa negeri, termasuk bekalan air mentah.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kini hampir memenuhi kapasitinya, dan Lim berkata, negeri itu ingin mengetahui adakah kerajaan Pusat mempunyai penyelesaiannya.

Beliau berkata, rancangan kerajaan negeri Kedah untuk membina lapangan terbang antarabangsa berhampiran Kulim juga tidak masuk akal kerana keperluannya yang begitu kecil.

"Bukan perkara yang sukar untuk meluaskan kawasan yang mempunyai kapasiti penuh atau ada permintaan," katanya.

"Kenapa kerajaan Persekutuan bersikap partisan? Ini jelas menunjukkan hukuman politik. Kerajaan seharusnya membekalkan, bukan menghukum."

Lim turut menambah, Putrajaya masih lagi tidak memaklumkan secara rasmi kepada negeri itu berkenaan penswastaan dan perubahan pengurusan di Penang Port sejak Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd mengambil alih operasinya pada Januari.

Tapak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sepatutnya menjalani pembangunan tidak mendapat maklumbalas dari kerajaan pusat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 10 Oktober, 2014.Malah, tiada sebarang komunikasi berhubung rancangan membina projek hartanah bercampur bernilai RM10 bilion di tapak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di Butterworth, katanya.

Beliau berkata, memang terdapat pembangunan berkenaan di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat, tetapi mereka seharusnya memaklumkan kepada pihak berkuasa negeri.

Bekalan air mentah dalam keadaan terumbang-ambing

Lim berkata, kerajaan Pusat juga perlu memenuhi sebahagian perjanjian pemindahan aset air dengan kerajaan negeri yang dimeterai pada Jun 2011, bagi memastikan bekalan air mentah disalurkan ke Pulau Pinang.

Beliau berkata, projek Perak-Pulau Pinang Basin Transfer bernilai RM2 bilion daripada Sungai Perak di Perak diluluskan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air pada Jun tahun lalu namun masih lagi tertangguh sehingga awal tahun ini.

Kerajaan negeri Perak sejak itu menuntut Pulau Pinang membeli air terawat daripada Perak.

"Kerajaan Pusat seharusnya campur tangan kerana mereka mempunyai kuasa untuk membenarkan kami membeli bekalan air mentah daripada Perak, namun mereka enggan," katanya.

"Tiada negeri yang menjual air terawat kepada negeri lain... kenapa Pahang boleh jual (air mentah) kepada Selangor, dan Johor boleh jual kepada Melaka? Kenapa tidak kami?"

Lim berkata, kerajaan Pulau Pinang berasa tersekat, namun beliau memastikan kerja keras perlu dilakukan demi kebaikan rakyat.

"Adakah Pulau Pinang anak yatim piatu tanpa adik beradiknya?" katanya, dan menegaskan, negeri itu hanya memperolehi semula 3% daripada duti kastam dan cukai yang dibayar penduduk negeri itu

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Piiirahh mampuh lahkau
.lim gusng eng kapir..peduli apa aku jenis cina bangsat

Miss Vee berkata...

OMG … What The Hell ??
KLIK HERE !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...