09 Oktober 2014

BERSEDIALAH HADAPI GELOMBANG 2015

Punca Sebenar Kenaikan Harga RON95 Naik? Kewangan Malaysia Tenat! Mahathir & Pakar Ekonomi Mahu BR1M Dihapuskan! Rakyat Malaysia?


Punca Sebenar Kenaikan Harga RON95 Naik? Kewangan Malaysia Tenat! Mahathir & Pakar Ekonomi Mahu BR1M Dihapuskan! : 

Ada sebab mengapa dan kenapa Berita Semasa berkongsi kadar hutang negara Malaysia yang terus melonjak tinggi saban tahun tidak berpadanan dengan limpahan kenikmatan yang dirasai oleh golongan golongan bawah rakyat marhen di Malaysia. Seperti ada yang… tidak kena dengan pengurusan kewangan negara sekarang ini.

Berita Semasa hanya tampil sebagai wadah bagi rakyat Malaysia melahirkan aspirasi dan impian jutaan rakyat Malaysia yang mahu kenikmatan sebenar berada di bumi yang bernama Malaysia ini. Berita Semasa sayangkan Malaysia, Berita Semasa tidak mahu sebuah negara yang kaya hasil mahsul “dibinasakan” oleh tangan-tangan yang tak layak untuk mencatur pengurusan dana kewangan negara. Berita Semasa tampil mengingatkan…..

Perbelanjaan Besar Kerajaan Malaysia VS Rakyat Berjimat Cermat

Hari ini, rakyat Malaysia mula terasa bahangnya. Semuanya dek kerana perbelanjaan besar kerajaan Malaysia sepanjang 5 tahun terakhir ini termasuk menjelang Pilihanraya Umum ke 13 sebelum ini sehingga memaksa kerajaan Malaysia “merayu” di Dewan Rakyat beberapa kali apa yang dipanggil Bajet Tambahan.KLIK SINI : Harga Minyak RON 95 Naik Lagi? Kerajaan Dapat RM13 Bilion (Julai). Kerajaan Nak Lagi RM14 Bilion (September 2013). Rakyat? Boleh?

Dan..setelah kerajaan tercari-cari dan teraba-raba, bagaimana cara untuk mengurangkan bajet defisit yang saban tahun dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak akhirnya formulanya telah dijumpai :

Menarik balik ranting subsidi yang selama ini digayut oleh rakyat marhaen di Malaysia sekaligus kerajaan Malaysia dapat menarik nafas lega apabila dapat mengurangkan beban perbelanjaan subsidi sejumlah lebih RM1.1 bilion

Bakal menyusul, pelaksanaan GST 6% yang bakal memberikan pulangan kepada kerajaan Malaysia sejumlahBACA SINI : Bajet 2014 Bajet Defisit 16 Tahun Berturut-Turut. 2013 (-4.0%) 2014 (-3.5%). Pendapatan Perkapita Malaysia Naik RM34,126!


GST jangan “dipandang rendah”, GST pernah membuatkan rakyat Singapura, Australia dan China sesak nafas sejak mula diperkenalkan apabila inflasi di negara mereka naik mendadak dalam tempoh 2 tahun selepas dilaksanakan GST di negara sana. Dan hanya turun pada 2 tahun selepas itu…..



Malaysia? Wallahualam. Kita doakan yang baik-baik sahaja. Dan Berita Semasa hanya mahu berkongsi peringatan bersama, bersedialah menghadapi “gelombang pada tahun 2015” kelak…

Persoalannya, apa punca sebenarnya kerajaan dilihat begitu terdesak unutk melaksanakan tindakan “tidak popular” ini dikala rakyat dihimpit dengan gelombang hebat kenaikan kos sara hidup di Malaysia terutamanya golongan miskin bandar dan di luar bandar?
Hutang Negara Malaysia RM700 Bilion ++ & Nilai Eksport Malaysia Terjejas

Pakar ekonomi menjangka separuh kedua tahun 2014 eksport negara akan mula menurun….yang mana anda boleh baca laporan Berita semasa di bawah ini :KLIK SINI : Punca Nilai Ringgit Malaysia Terbaru Terus Jatuh. Ahli Ekonomi Ramal Kadar BLR Terkini Tidak Bertahan Akan Lama!




Daripada perspekstif makro ekonomi, hakikatnya kerajaan Malaysia terus bergelut untuk menguruskan negara dengan tekanan antarabangsa termasuklah agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings dengan hutang negara terus melonjak sejumlah RM717 bilion sekarang ini. 

Manakala The Economist menjangkakan hutang negara akan terus melonjak kepada RM806 bilion sekitar tahun 2015 kelak.

Dengan mempunyai hutang yang besar seperti ini :

Pertama, Kerajaan sebenarnya menguruskan negara atas nama pinjaman
Keduanya, Dan menjadi lebih sukar untuk mendapatkan dana tambahan
Ketiga, apabila hutang kerajaan Malaysia dibebani hutang yang tinggi ia akan menjejaskan keyakinan peminjam

Keadaan bertambah teruk lagi apabila melihat situasi dan keadaan yang berlaku di negara matahari terbit sekarang ini.

Jepun dan Malaysia merupakan pelabur asing yang terbesar Malaysia sejak daripada tahun 1980 yang banyak menyumbang kepada sektor automatif, tenaga yang boleh diperbaharui, bioteknologi, dan juga industri hijau yang menempatkan 1,400 syarikat Jepun beroperasi di Malaysia sekaligus menawarkan 11,000 peluang pekerjaan di Malaysia.

Tahun 2013 : Pelaburan yang diluluskan sektor pembuatan sahaja bernilai US$1 bilion
Tahun 2011 : Jumlah pelaburan Jepun di Malaysia bernilai RM10 bilion
Tahun 2012 : Jumlah pelaburan Jepun di Malaysia meningkat kepada RM12.79 bilion


Tetapi tindakan Shinzo Abe pada April 2014 yang menaikkan cukai dikatakan menyebabkan ekonomi jepun agak goyah pada ketika ini. Dalam pada masa yang sama, Shinzo Abe tiada pilihan lain lagi, semuanya gara-gara kerana perbelanjaan besar yang dilakukan pimpinan Sinzo Abe sejak 21 bulan yang lalu. Pastinya, ekonomi Jepun yang tidak menentu bakal menyebabkan ekonomi serantau, termasuklah ________ gigit jari.

Dan ditambah pula, dikala United Kingdom dan India contohnya masing menurunkan harga minyak masing-masing 65 paise (4 sen), 5 pense (27 sen), Malaysia pula menongkah arus apabila bertindak menaikkan pula harga minyak di Malaysia apabila pasaran mula menunjukkan trend menurun untuk beberapa tahun terakhir ini.

Sebabnya, tiada lain. kerajaan Malaysia tidak mampu lagi menawarkan subsidi kepada anda dek kerana hutang dan pengurusan dana negara yang agak tegang pada ketika ini.
Cadangan & Harapan Berita Semasa Menjelang Pembentangan Bajet 2015

Kenaikan harga minyak telah pun berlaku. Kesan domino tetap akan berlaku. Hidup rakyat Malaysia tetap perlu diteruskan seperti biasa. Walaubagaiamnapun, diharapkan kerajaan Malaysia dapatlah pertimbangkan beberapa cadangan seperti di bawah ini menjelang pembentangan Bajet 2015 Malaysia kelak…


Kerajaan memberikan peluang kepada pencarum untuk keluarkan KWSP bagi tujuan membeli tanah (minimum 1 ekar) bagi akaun KWSP yang sudah melebihi 10 tahun dan simpanan minimum berjumlah lebih RM100,00. Di mana bayaran mesti dibuat terus kepada institusi yang yang memberikan pembiayaan.

Cukai pendapatan individu diturunkan pada kadar yang munasabah. Contohnya, sara diri daripada RM9,000 kepada RM12,000 contohnya, begitu juga tanggungan untuk anak-anak. Masih lagi menggunakan kadar yang lama
.
Pembayaran bonus kepada kakitangan awam sekurang-kurangnya sebanyak 1 bulan gaji

Membantu nelayan menjual ikan terus kepada pelanggan tanpa menggunakan orang tengah, di mana kerajaan boleh mewujudkan pasar ikan di bandar-bandar besar.
 Kerajaan boleh salurkan subsidi kos pengangkutan ikan untuk diedarkan kepada orang ramai
Berita Semasa cukup bersetuju dengan pandangan Tun Mahathir dan Dr Fatimah Kari & Tun Mahathir mahukan BR1M dihentikan, menjadikan rakyat Malaysia makin malas. Bagi Berita Semasa lebih baik gunakan dana BR1M untuk menampung subsidi lagi bagus. Naik minyak untuk BR1M untuk apa? Fresh Graduate baru dapat kerja pun dapat BR1M? Income tax pun tidak bayar lagi. 

Ok baik, Cadangan Berita Semasa adalah bagi menggantikan BR1M adalah peruntukan br1m itu lebih baik tukar menjadi “food stamp” sahaja, yang hanya boleh digunakan untuk beli barang keperluan SAHAJA.

Kerajaan perlu pastikan food stamp itu bukan dalam bentuk kupon seperti baucer buku yang begitu mudah disalah guna oleh penerima tetapi dalam bentuk kad debit untuk membantu golongan penerima program “Food Stamp” ini. Setiap bulan masuk jumlah bantuan yang telah ditetapkan ke dalam kad debit penerima, bagi membolehkan penerima berbelanja barang keperluan yang telah ditetapkan juga.

Elaun perumahan kakitangan awam dinaikkan RM180 kepada sekurang-kurangnya kepada RM400.
Anda ada cadangan lain, mohon hantar dan kongsikan bersama…BACA SINI : Kerajaan Malaysia Bayar BR1M 3.0 2014 RM4.5 Bilion Tidak Efektif. Mahathir & Pakar Ekonomi (Dr. Fatimah Kari) Mahu BR1M Dihentikan!


Apa pula cadangan anda menjelang Bajet 2015 Malaysia kali ini?

1 ulasan:

Gohet Gostan berkata...

Kurangkan subsidi IPP juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...