06 Oktober 2014

BOT TEMPUR CB204 DIPERCAYAI MASIH SELAMAT -TLDM

Contoh model CB90 yang dilaporkan terputus hubungan dengan KD Paus ketika dalam perjalanan ke Pulau Layang-layang semalam.

Bot tempur CB204 dipercayai masih selamat - Tan Sri Abdul Aziz


"Kami menerima maklumat terkini daripada pelantar minyak ERB West milik Petronas, bahawa mereka ternampak kelibat sebuah bot di lokasi pantai Barat Sabah iaitu kira 20 batu nautika dari Pulau Mengalum pada pagi ini.


Bot tempur CB 204 dilaporkan hilang sejak pagi Ahad di perairan Pulau Mengalum, Sabah.
KUALA LUMPUR: Bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dilaporkan hilang sejak pagi Ahad di perairan Pulau Mengalum, Sabah dipercayai masih selamat biarpun usaha mencari dan menyelamat (SAR) berdepan cabaran cuaca buruk.

Perkara tersebut dimaklumkan Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi Astro Awani sebentar tadi.

“Kami yakin bot tersebut masih selamat kerana keupayaannya iaitu ia memiliki ciri kestabilan apungan yang tinggi,” ujar beliau yang menambah bahawa operasi SAR pada hari kedua menyaksikan penglibatan 6 buah kapal dan 3 buah pesawat.

Empat kapal TLDM yang dikerahkan dalam operasi tersebut ialah kapal diraja (KD) Lekiu, KD Paus, KD Serang, KD Ganas dan sebuah helikopter jenis Super Lynx. Aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan kapal KM Mabul dan KM Berani serta sebuah helikopter jenis AgustaWestland AW139 manakala aset TUDM, sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T.

"Kami menerima maklumat terkini daripada pelantar minyak ERB West milik Petronas, bahawa mereka ternampak kelibat sebuah bot di lokasi pantai Barat Sabah iaitu kira 20 batu nautika dari Pulau Mengalum pada pagi ini.

"Kami telah mengarahkan pesawat Super Lynx dan kapal KD Lekiu untuk menyiasat," ujar Abdul Aziz.

Operasi SAR bot tempur CB204 yang hilang di kawasan pertembungan Laut China Selatan dan Laut Sulu itu berdepan cabaran cuaca buruk iaitu membawa hujan lebat dan ombak yang boleh mencapai ketinggian sehingga 3 meter.


Read more at:SUMBER

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...