10 Oktober 2014

PELABURAN HARAM JADAH YANG JADI PEMBUNUH RAKYAT MALAYSIA!!!





SINDIKET DADAH ANTARABANGSA KANDAS DI KLIA

Kuala Lumpur, 10 Okt – Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur (KLIA)telah berjaya mematahkan dua percubaan berasingan menyeludup dadah syabu ke Malaysia dengan tertangkapnya tiga lelaki warga asing di KLIA dalam tempoh 1 hingga 10 Oktober lalu.

Pihak polis juga telah merampas 9.1 kilogram syabu dalam bagasi yang dibawa oleh kesemua suspek dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, JSJN Kuala Lumpur telah berjaya membongkar sebuah makmal memproses pil ekstasi di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Maju dan merampas 35,000 biji pil ekstasi, 12 kg campuran serbuk ekstasi yang dipaket dalam teh aroma cina, 2 botol cecair ekstasi serta beberapa peralatan yang digunakan untuk memproses dadah.

Kesemua dadah yang dirampas dalam ketiga-tiga kes ini bernilai RM5.2 juta dan pihak polis kini mempergiatkan usaha dalam mengesan dan mengenalpasti ahli-ahli sindiket yang 
terlibat.





LAGI GAMBAR- GAMBAR DARI SUMBER BERITA


3 ulasan:

rantai berkata...

ini cerita seludup pati indon di perairan melaka, n9 dan pantai barat johor tahun-tahun 90'an. Seorang pegawai polis merin dgn bangga bercerita pasukannya memiliki kapal-kapal ronda yang laju dan canggih, boleh kejar bot-bot seludup tersebut dengan mudah. Seorang kawan tanya mengapa tekong-tekong bot seludup tidak pernah dapat ditangkap bila ditahan ditengah laut. Pegawai kata mereka terjun laut, tak dapat tangkap. Kawan tu bagi tau, itu menunjukkan bot kamu itu tak selaju mana, tekong-tekong itu berenang lagi laju hingga tak terkejar oleh bot-bot kamu dan tidak dapat kamu tangkap !!!.... pegawai itu naik bengang terus angkat punggung

Tanpa Nama berkata...

Setuju tu bro, depa cuma dpt anak ikan saja bpk ikan memjg lps....semua drama tv3suku

Miss Vee berkata...

OMG … What The Hell ??
KLIK HERE !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...