04 September 2014

KES SENDIKET LARI CUKAI, 207 AKAUN BERNILAI RM6 JUTA MILIK PEGAWAI KASTAM & GENG SENDIKET DIBEKUKAN SPRM!!!


Antara kenderaan mewah yang dirampas oleh Pasukan Gerak Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menahan 22 individu termasuk 12 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai semalam.

207 akaun pegawai kastam, anggota sindiket dibekukan SPRM


PEGAWAI Kastam yang terbabit dalam rasuah dan melepaskan barangan seludup dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.


Pihak berkuasa telah membekukan 207 akaun bernilai RM6 juta milik 24 individu berkuatkuasa serta merta selepas mereka ditahan kerana disyaki terlibat dengan kesalahan rasuah semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, kesemua 24 orang yang ditahan itu terdiri daripada 12 pegawai Kastam pelbagai pangkat dan 12 anggota sindiket.

Katanya, SPRM mengetuai kumpulan kerja bersepadu terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Cybersekuriti melancarkan operasi bersepadu semalam bagi menahan mereka yang terbabit dengan rasuah itu.

"Kita telah memantau sindiket ini sejak setahun lalu dan setelah mendapat maklumat mencukupi, satu operasi bersepadu dilancar di Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ) dan Lembah Klang serta di Ipoh dan tangkapan dibuat.

"Kesemua 24 orang berusia dalam lingkungan 36 hingga 56 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, 4 September, sehingga 10 September 2014 bagi membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009.

"Dalam masa yang sama kami telah merampas dan menyita lori (penuh dengan muatan arak) dan kenderaan sindiket juga selain akaun bank pegawai Kastam dibekukan berjumlah RM4 juta manakala akaun sindiket berjumlah RM2 juta melibatkan 207 akaun keseluruhan berjumlah RM6 juta," tegasnya kepada sidang media khas di sini.

Dalam pada itu, Mohd Shukri turut mengesahkan seorang pegawai kanan Kastam negeri merupakan salah seorang daripada 24 yang ditahan bagaimanapun enggan mengesahkan secara terperinci di negeri negeri mana pegawai terbabit berkhidmat.

Katanya menerusi operasi khas itu, SPRM turut mengaku suapan sindiket rasuah berlaku dalam urusniaga wang tunai dan telah merampas wang berjumlah RM3 juta.

"Kami turut merampas 10 kenderaan mewah, gudang arak dan rumah kedai yang disyaki dibeli daripada hasil sindiket ini tetapi nilai rampasan belum ditentukan.

"Operasi ini masih berterusan dan dijangka beberapa tangkapan lagi akan dibuat selepas ini.

"SPRM juga telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Kastam terutama Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam melancarkan operasi ini dan diharapkan hasil terbaik bagi melengkapkan siasatan," katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan telah mengalami kerugian lebih RM3.6 bilion sejak tahun 2011 berikutan beberapa syarikat terlibat sindiket berkenaan gagal mengisytiharkan cukai duti eksais di Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ).

Katanya, ketirisan hasil kerajaan melibatkan penyeludupan rokok dan arak menggunakan PKFZ mendapati barangan tersebut yang dibawa masuk dari beberapa negara yang telah dikenal pasti iaitu Indonesia, Kemboja, Thailand, India, China, Scotland dan Sweden.

"Modus operandinya arak dan rokok ini ditempatkan di PKFZ dan barang-barang itu dibawa keluar atau diseludup secara banyak tanpa membayar duti.

"Hasil siasatan mendapati sebanyak RM1.67 bilion rokok dan arak dibawa masuk dan pengisytiharan yang dibuat adalah RM420 juta sahaja.

"Manakala nilai yang tidak diisytihar ialah RM1.2 bilion ia tidak termasuk cukai kerajaan 300 peratus, sekali gus jumlah yang tidak diisytihar termasuk duti Kastam yag diseludup melibatkan kerugian kerajaan berjumlah antara RM3.6 hingga 4 bilion," katanya.


Justeru itu katanya, tindakan susulan melibatkan duti eksais sedang diambil oleh LHDN.

Read more: SINI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...