06 September 2014

PAS MELAKA SELAR TINDAKAN PARTINYA ISU CALON MB

PAS Melaka kesal keputusan parti tak dituruti


Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari menyelar tindakan partinya yang membelakangkan keputusan anggota Jawatankuasa PAS Pusat dalam pencalonan menteri besar Selangor.

Beliau menjadi pemimpin PAS kanan pertama yang membuat kritikan secara terbuka dalam hal itu.

"Saya merasa terkilan dan amat bersimpati kepada AJK PAS pusat yang dipinggirkan dalam membuat keputusan berhubung kedudukan MB Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau merujuk kepada penglibatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam usaha golongan tertentu dalam PAS untuk menyerahkan dua nama ADUN PKR dan satu nama ADUN PAS untuk jawatan itu.

Malaysiakini sebelum ini dimaklumkan bahawa nama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali tiada dalam senarai itu.

Tindakan itu bertentangan dengan keputusan AJK PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang memutuskan untuk mencalonkan nama Wan Azizah dan Azmin sahaja.

Majlis Syura PAS mengaku bertanggungjawab dalam memutuskan nama calon PAS sahaja untuk pertimbangan istana.

Adly memberi amaran bahawa langkah itu akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PAS.

"PAS Melaka merasakan tindakan itu menghilangkan kepercayaan umum rakyat kepada PAS.

"Imej PAS sebagai gerakan siasah yang memperjuangkan Islam juga akan tercalar," katanya lagi.


Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi mengelak daripada mengulas kenyataan Adly.

"Keputusan terakhir (siapa menjadi MB) PAS serahkan kepada budi bicara Tuanku.

"Saya fikir siapa pun nama yang akan naik itu adalah pilihan," katanya sewaktu ditemui pemberita di Shah Alam pagi ini.

Tegas Sallehen, sesiapa sahaja yang dipilih nanti perlu mendapat persetujuan dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan.

Beliau juga menolak spekulasi bahawa krisis ini akan memecah-belahkan Pakatan Rakyat. ~MK

15 ulasan:

Mamat Diak berkata...

Tak puas hati, masuk PasMa jer.

Tanpa Nama berkata...

Wakil PasMa selatan dah mengamuk. Maka bertambah mudahlah ahli PAS nak mengasingkan permata dan kaca pada pemilihan akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Ngape suruh org lain keluar parti. Patut orang yg dah kenyanyukan yang keluar. Baru senang mengurus parti. Tak adalah mudah lupa keputusan mesyuarat. Taklah berbelit-belit.

Tanpa Nama berkata...

Memang benar TGHHA telah hilang kredibiliti kepimpinannya sekarang ini nampak sangat muka beliau setiap kali warta perdana dimedia tv tiga suku,kenapa ini menandakan peranan kumpulan UG telah berjaya memainkan peranan mereka seperti yang telah diagendakan oleh BN/UMNO . Betapa gembiranya mereka baru sekejab tadi TGHHA keluar kenyataan kuasa presiden boleh mengatasi AJK pusat untuk memilih sesiapa seperti meilih calun dalam PRU atau PRK dan bagitulah juga untuk memnamakan sesaorang sebagai MB itulah kenyataan yang keluar dari mulut presiden PAS yang disiarkan oleh media tiga suku lihat ulangan yang akan keluar dalam berita perdana maalam.

Tanpa Nama berkata...

Sbg rakyat yg xberparti..saya setuju pdgn TGHA x walak pd kepimpinan buat per duk dlm parti..walak PD an war.masuk jer partinya..

Tanpa Nama berkata...

Itu jwpan utk melepaskn diri je..jwb lah cara ilmiah bro..

Tanpa Nama berkata...

Yg kaca sedang menguasai pas..kelompok minoriti yg mngunakan tn presiden..

Tanpa Nama berkata...

Simpati kpd tghh..ramai dh hilang respect kt dia..

Tanpa Nama berkata...

Itu jwpan dr kelompok minoriti..

jprdsemenyih berkata...

Kepada Adli Zahari yang diketahui umum cukup istimewa hubungannya dengan Timbalan Presiden PAS, kami rakyat negeri Selangor juga terkilan dan bersimpati dengan sebahagian AJK PAS Pusat yang terlebih-lebih meletakkan kasih sayang mereka kepada pihak luar parti, mengelabui sentimen rakyat yang menolak UMNO-BN kepada menolak kepimpinan syura ulama', dan khianat kepada amanah muktamar yang diberikan oleh ahli PAS untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat, bukannya untuk setiap masa membabi buta mengikut kehendak politik pihak luar atas nama strategi kononnya. Tatkala tekanan-tekanan yang hebat diberikan kepada Tuan Guru Presiden daripada dalam dan luar parti, maka tidak terbitkah rasa terkilan dan simpati Adli Zahari kepada Tuan Guru Presiden? Kami rakyat negeri Selangor sangat faham titah Sultan negeri kami, yang meminta supaya setiap parti di dalam Pakatan Rakyat menghantar lebih dua nama calon MB. Ini jelas bermaksud, paling minima tiga nama! Imej PAS bukan semata-mata sebagai gerakan siasah, tetapi juga memikul amanah dakwah yang lebih besar dan berat untuk memastikan kefahaman orang ramai terhadap hukum Islam yang sebenar sebagaimana digariskan di dalam al-Quran. Satu soalan kepada Adly Zahari: jika kita menuduh seseorang korup tanpa mendatangkan bukti yang kukuh dan munasabah, dan hanya semata-mata memenuhi strategi dan muslihat politik, adakah perkara ini tidak mencalarkan imej Islam secara keseluruhannya?

banggoi petai berkata...

Bgus pigi mampus jaa tu BABI. ..braaderr anuuuwarr binn ibrahimm. ..Ni binatang sial sama kipas tua kerepot tak puas puas menjahanamkann negaraa. .. Sesuai jd pemimpin parti kencing rakyat

air gunung berkata...

Abg.tok guru tuduh org pil kuda dgn komeneh nak letak mana..dia guna ayat quran n hadith mana plak.masalahnya tuan guru dah terbelit2 skrg.mcm ilang focus.kenapa?ahli PAS n penyokong nak tau.tak kan org brserbam jubah ulamak kaki temberang n mat belit.tang soltan tu tak yah selindung blakang dia lah.kalo dia jer yg ada kata putus so wat per brhabis ratus juta RM utk PRU.blom kira masa n tenaga lagi.pakat bodo lah dok wat pilihanraya.dah ada majority tuh tandatgn jerlah.lg pon soltan neh kita yg dok bg diaorg mkn rumah kpl jet pelbagai.kita nak msok rmh dia pon payah kan.so minta sgt kat tok guru.lakukan dgn telus.bkn kluk klak.fitnah or perlekeh org.aku pon x stuju kak jijah jd mb.aku ada hujah sendiri.tp tak perlulah perlekeh tanpa tgok diri sendiri yg juga gagal dlm pentadbiran.kak jijah blom terbukti sbgai MB.tok guru dah kan?so kasi jerlah peluang kat dia.tgok dulu.lg pon dr segi majoriti n politik dia dah dpt dokongan n sokongan utk jd MB.kalo tok guru tak mampu nk kawal PAS jln terbaiknya undur diri.pasti lg dihormati kawan dan lawan.masih boleh bg sumbangan dgn cara lain sebagai ahli.perjuangan tak habis sblm mata tertutup buat selamanya.

air gunung berkata...

Bg la idea sket.stakat maki..anjing lagi power menyalak nak kasi lawannya gerun.so jdlah manusia bro bonggoi petai yer...malu kat budak2 nanti

banggoi petai berkata...

Mudah jaa ideanya. .. Ikat dua dua malaon tu pasang jaa C4. ..habis ceritaa. .Aman negara. ..amacam puaka gunung?

dino.yp@gmail.com berkata...

orang melayu melaka dah lama tolak PAS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...