01 September 2014

PLAN KHAZANAH LABUR RM6 BILION UNTUK SELAMATKAN MAS HANYA SIA-SIA - PAKAR PENERBANGAN !!!



Kurangkan kakitangan, mampukah MAS hadapi dasar langit terbuka 2015


Abdul Aziz Abdul Rahman

Hasrat negara untuk melihat Malaysia Airline System Berhad (MAS) terbang tinggi masih lagi kabur dengan pelan pemulihan yang dicadangkan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Ini kerana pelan pemulihan MAS yang diumumkan sekadar mahu memastikan syarikat penerbangan itu kembali untung dalam saiznya yang dikecilkan.

Tetapi, pada masa sama Khazanah tidak melihat kepada polisi langit terbuka yang bakal dilaksanakan tahun depan.

Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, pelan pemulihan tanpa melihat kepada polisi langit terbuka tidak akan memberi makna apa-apa kepada syarikat penerbangan negara itu.

Sebaliknya, dengan pelaksanaan dasar langit terbuka yang tinggal beberapa bulan, beliau menjangkakan pelan pemulihan itu akan gagal lebih awal lagi.

"Banyak negara kini bersiap sedia untuk melaksanakan dasar langit terbuka, yang mana negara-negara ASEAN boleh meningkatkan kekerapan penerbangan, membuka laluan baru dan membolehkan syarikat penerbangan menentukan harga tambang mengikut pasan tanpa perlu kelulusan pihak berkuasa penerbangan.

"Ketika banyak negara meningkatkan kapasiti syarikat penerbangan masing-masing, MAS pulak mahu mengecilkan syarikat, mengurangkan laluan, mengurangkan kakitangan.

"Kalau semua sudah kurangkan bagaimana hendak bersaing dengan syarikat penerbangan lain, jangan cakap lima atau enam negara. Hendak bersaing dengan Singapore Airline pun mungkin sukar.


"Apa yang sebenar Khazanah rancang untuk MAS," katanya kepada Malaysia Gazette.

Abdul Aziz berkata, apa yang Khazanah cuba buat sama seolah-olah mahu mewujudkan MAS pada tahun 1970an, yang mana sayap pelaburan itu tidak melihat tentang industri penerbangan dunia, persaingan harga, kecekapan operasi dan sebagainya.

Apa yang dicadangkan oleh Khazanah semalam hanya menjurus untuk mengembalikan keuntungan tetapi dalam saiz operasi yang semakin mengecil.

"Kalau macam tu lebih baik MAS hanya memberi perkhidmatan kepada penerbangan domestik sahaja," ujarnya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pada pandangan saya, punca semua masalah bermula dengan penubuhan Air Asia. Air Asia telah mengambil majority customer MAS. Dalam keadaan sekarang, tiada siapa yang boleh memulihkan MAS. Dengan suntikan modal dan pengurangan kakitangan adalah langkah tepat yg diambil oleh kerajaan. Kita jangan menuding jari pada sesiapa. Tapi kita cuba beri cadangan pada kerajaan, apa tindakan yg boleh dilakukan. Masalah orang Malaysia ni, kita suka cari salah orang lain, tapi kita tidak beri cadangan2 terutama cadangan bernas.

Tanpa Nama berkata...

u kata MAS rugi pasal Air Asia..
lps tu ckp jgn tuding kat sapa sapa.

4G berkata...

Ha..ha..btui laa kta awak tuu tpi awat hmpa ni myorok tnpa nama..ta gentleman laa bros. .he..he

Tanpa Nama berkata...

Masaalahnya pegawai2 MAS bodoh berniaga. Spore Airline boleh untung walaupun ada syt tambang murahnya Tiger Air....

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg buat polisi dan dasar bengong pada asalnya?...budak tadika ke?...fikir-fikirkanlah...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa perlu memiliknegarakan entiti yg rugi? Yang pasti samada 'bailout' atau 'investment'...semuanya menggunakan duit pembayar cukai...PERIOD...the taxpayers will be at the losing end.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...