05 September 2014

MENGAPA KEPUTUSAN PAS FLIP PLOP MACAM UMNO? PAS FOR ALL.....


Nik Nazmi persoal sikap tidak teguh PAS dalam isu MB Selangor



Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mendesak supaya penjelasan segera diberikan oleh PAS supaya kekeliruan dan tanda tanya berkenaan nama tiga calon menteri besar Selangor yang diserahkan kepada pihak Istana Selangor terjawab.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mempersoalkan sikap tidak teguh pendirian PAS dalam isu calon menteri besar Selangor.

Beliau membangkitkan keputusan PAS pada 17 Ogos yang mencalonkan dua nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali untuk diserah kepada Sultan, tetapi selepas bermesyuarat bersama Pakatan Rakyat (PR) keputusan dicapai dengan hanya satu nama dipersetujui untuk diserah kepada Istana.

"Mengapakah wujud surat awal yang diakui oleh setiausaha agung PAS di mana tiga nama pimpinan PAS yang dicalonkan?" kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu dalam satu kenyataan hari ini.


"Mengapakah dalam kenyataan terkini dikatakan satu nama PAS dan dua nama PKR pula yang dihantar? Bukankah ini melanggar persefahaman bahawa calon menteri besar Selangor adalah Adun PKR?"

Istana Selangor sudah meminta ketiga-tiga parti dalam PR - PAS, DAP dan PKR untuk menghantar lebih dua nama semalam tetapi PKR dan DAP kekal dengan keputusan lama di mana Dr Wan Azizah sebagai pengganti tunggal kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu berkata, terdapat beberapa persoalan yang timbul selepas kenyataan pemimpin PAS khusus selepas PR sudah membuat keputusan sebulat suara bulan lepas.

"Mengapakah setiausaha agung PAS tidak mahu mengesahkan siapa nama calon-calon yang dihantar? Adakah nama-nama calon PKR yang dihantar di dalam surat kali ini berlainan dengan keputusan PAS pada 17 Ogos 2014?" katanya.

Beliau juga mendesak supaya penjelasan segera diberikan supaya kekeliruan dan tanda tanya dapat dijawab.

Beberapa kenyataan media yang dibuat pimpinan parti Islam itu kemudiannya menunjukkan PAS mahu menghantar lebih daripada satu nama dan akan mencadangkan nama-nama daripada kalangan Adun yang mewakili PKR.

PAS hari ini mengesahkan sudah menghantar tiga nama, dua daripada PKR dan seorang daripada partinya sendiri sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu, lapor lidah rasmi parti itu Harakahdaily.

Menurut portal itu, Mustafa mengesahkan perkara itu tetapi tidak menyebut nama ketiga-tiga Adun berkenaan.

Pada 27 Ogos lalu, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon bagi menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu dialamatkan kepada presiden PKR, dengan salinan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan mengatakan calon yang dinamakan itu mestilah beragama Islam dan berketurunan Melayu mengikut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Sehari sebelum itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sehingga pelantikan baru dilakukan.

Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan.

SUMBER

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...