05 September 2014

LANGKAH KAJANG BAKAL LINGKOP? APAKAH PUNCANYA......

Bukti Cikgu Pa pelingkop PAS


Mustafa Ali:  PELINGKUP PAS DAN PAKATAN RAKYAT

●17 Ogos 2014 (10.30 pagi)
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan:

1. Wan Azizah
2. Azmin Ali

●17 Ogos 2014 (4 petang)
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memutuskan:

1. Wan Azizah

●25 Ogos 2014
Kenyataan Media Mustafa Ali (Setiausaha Agung Pas):
Menyerahkan perlantikan MB Selangor kepada Sultan.

●02 Sept 2014

Tanpa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.
Pejabat Presiden PAS Hantar 3 nama Adun PAS:

1. Iskandar
2. Sallehin
3. Yunus.

●04 Sept 2014
Tanpa mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

U-turn
Hantar 3 nama, 2 PKR, 1 PAS:
1. Yakub Sapari
2. Dr Idris
3. Iskandar (Pas)

Apa lagi yang boleh di perkatakan tentang Mustafa Ali selain dari menyebut beliau ialah agen Umno di dalam Pas yang cuba merosakkan Pas dari dalam dan Pakatan Rakyat keseluruhannya.

Tujuan beliau amat jelas telah menguntungkan Umno. Pakatan beliau dengan Umno di dalam kelam makin nampak jelas.

~ Rakyat Bangkit
SUMBER BERITA

BACA LAGI........

'Langkah Hadi' tambah pergeseran PKR-PAS - LAPORAN MALAYSIAKINI


Kandungan dua surat daripada PAS yang menggariskan senarai calon berbeza untuk calon menteri besar Selangor menimbulkan kemarahan dari sebilangan anggota parti Islam itu.

Tindakan mengemukakan surat tersebut, yang digelar sebagai “Langkah Hadi”, dilihat “mengingkari” keputusan jawatankuasa pusatnya.

Parti tersebut sebelum ini berkali-kali menafikan bahawa ia berhasrat untuk mengemukakan pemimpin PAS ke jawatan tersebut, bagi menghormati hak PKR ke atas jawatan berkenaan.

Namun, satu surat daripada pejabat Hadi itu langsung tidak menamakan sebarang ADUN PKR dalam senarai berkenaan yang seterusnya dihantar ke Istana.

Senarai itu mencalonkan tiga Exco PAS iaitu Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi dihantar secara rahsia pada awal pagi Rabu tanpa pengetahuan jawatankuasa pusat dan PAS Selangor sendiri.

"Saya tidak tahu langsung tentang perkembangan ini. Saya hanya dapat tahu melalui berita di dalam Internet," kata Iskandar kepada Malaysiakini.

Malah, timbalan Hadi, Mohamad Sabu juga menegaskan beliau dan pimpinan Pusat PAS tidak tahu menahu langsung berkenaan perkara ini.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysiakini difahamkan surat itu dihantar ke istana oleh seorang exco Pemuda PAS yang "rapat" dengan Hadi, dengan ditemani seorang kerabat diraja Selangor yang mengetuai satu syarikat GLC negeri itu.

Tiada nama calon PKR

Beberapa sumber memberitahu Malaysiakini, seorang pimpinan kanan PAS yang terlibat langsung dalam perkara ini naik berang dan meminta pejabat presidennya menarik kembali senarai itu dan menghantar senarai baru.

Perkembangan itu menunjukkan PAS seolah-olah berjaya menyelesaikan satu satu krisis.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kemudiannya dilaporkan mengakui bahawa pelan asal parti itu adalah untuk menghantar nama tiga ADUN PAS sahaja.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa PAS “membetulkan” perkara tersebut melalui senarai kedua yang dihantar kepada istana Selangor.

Senarai baru yang mengandungi nama dua ADUN PKR dan satu ADUN PAS itu dihantar beberapa jam selepas itu.

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan nama ADUN dalam senarai baru tersebut.

Beberapa lagi sumber yang berkenaan memberitahu Malaysiakini bahawa senarai nama baru itu tidak mengandungi nama presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali.

Ia bertentangan dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos lalu.

Pejabat Hadi menyenaraikan nama pilihan mereka sendiri iaitu ADUN Ijok Idris Ahmad dan bekas Exco Selangor Yaakob Sapari sebagai calon dan nama pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar.

PKR dan DAP bagaimanapun hanya menghantar satu nama - Wan Azizah walau Sultan Selangor menitahkan agar parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua nama.

Biarpun Hadi mungkin tidak memainkan peranan aktif dalam hal ini, perkara ini dilihat dilakukan dari pejabat beliau, atau individu dari pejabat beliau, akan mengaitkan dirnya sendiri sebagai presiden parti.

Pengingkaran terhadap badan pembuat keputusan eksekutif PAS sendiri akan menjejaskan hubungan Hadi dengan barisan pimpinan tinggi lain menjelang muktamar tahunan parti itu.

Muktamar tersebut dijadualkan berlangsung di Johor bermula 18 hingga 21 September ini.

Ini turut menambah pergeseran antara pemimpin pro-Pakatan Rakyat dalam PAS dan pimpinan konservatif yang dibarisi golongan ulama – kebanyakannya dari Kelantan dan Terengganu.


'Ustaz muda langgar golongan profesional PAS'

Read MoreAhli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad percaya PAS sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang agak kronik sepertimana tidak pernah dihadapi sebelum ini apabila kumpulan ustaz muda cuba 'melanggar'golongan profesional dalam parti itu.




Kenyataan media Cikgu Pa gila PAS Pusat pun tak tahu - Mat Sabu



Kenyataan Rasmi Timbalan Presiden PAS bersabitan Hal Calon Menteri Besar Selangor.

Perkembangan mutakhir tentang isu calon MB Selangor pastinya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif terhadap Parti Islam SeMalaysia, PAS khasnya dan terhadap Pakatan Rakyat amnya.

Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam (4hb Ogos), seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Dato Seri Dr Wan Azizah dan YB Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.

Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiusaha Agong mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang EXCO PAS sebagai calon MB. Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti.

Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama DS Dr Wan Azizah dan kedua Yb Azmi Ali.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 25 hb Ogos pula mengambil keputusan bahawa kami sepakati atas nama yang diputuskan pada mesyuarat 17 hb Ogos dan menyerah kepada Kuasa Budibicara Tuanku Sultan untuk membuat pilihan calon Menteri Besar Selangor itu.

Tuan Haji Mat Sabu

Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia, PAS
4 Ogos 2014 bersamaan 10 Zulkaedah 1435H.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa sudah jd dgn pas ni jgn telalu angkuh setelah memenangi byk kerusi di selangor harus diigt kemenangan tersebut adalah hasil usahasama pkr & dap, tp kini pas hilang arah mcmana kaum lain nak menghormati istilah islam sptmana yg di war2kan pas - islam for all, maka pakatan kini sdh sampai ke penghujung hayat..,,aku amat kecewa

XUMNO berkata...

Mengulas bagaikan Jin afrid yang tahu segala rahsia. Siap denga tarikh2 nama calon dihantar dan senarai nama2 calon dari Pas. Poodah. Mimpi diulit oleh syaitan kemudian sebar cerita karut marut konon tahu segala2nya. Tak tahulah kalau dia ni menyamar jadi Sultan Selangor dan dia yang menerima surat2 yang dihantar oleh Pas.

Tanpa Nama berkata...

Bila rahsia xleh jg..kdg2 kene berahsia..syabas tghh.

Tanpa Nama berkata...

Klu pkr igt dap akan bersama mereka..mmg mimpi dimlm hari la...dap bkn bodoh telan bulat2 propaganda pkr. Klu pkr boleh fitnah sebegitu rupa pd tghh msu dan parti pas...malah letak agen2 mereka lagi...kau igt dap x risau ke? But klu nk terus sambung tdo dan bermimpi...silakan lah.
Simple jer...nape sultan x mintak dap tmbh nama? Kata bg satu nama gak kan....hehehehe. Ye ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...