06 September 2014

Elok Nik Zawawi jangan menipu rakyat Malaysia atas nama Islam, PAS



Asas
Menurut Fasal 8(9) Majlis Syura perlukan notis tidak kurang 14 hari dari tarikh mesyuarat dan cukup korum untuk bermesyuarat iaitu sekurang-kurangnya sembilan (9) orang ahli Majlis seperti peruntukan Fasal 8 (10).

(Nota: Jumlah keseluruhan ahli Majlis Syura adalah 16 orang)

Isykal:
1. Bilakah Majlis Syura Ulamak (MSU) bermesyuarat dan menamakan tiga nama calon Menteri Besar Selangor, sebagaimana didalih Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

2. Bilakah notis panggil mesyuarat dikeluarkan? (tunjuk bukti hitam putih surat itu)

3. Namakan sekurang-kurangnya 9 ahli Majlis yang terlibat berbuat keputusan tersebut, jika mesyuarat MSU itu rasmi?

Tiga soalan ini perlu dibuktikan terlebih dahulu.

Hakikat
Yang pasti pengakuan Nik Zawawi seperti berita di atas jika dibuat sekalipun, jelas tidak sah kerana disertai 4 orang sahaja (tidak cukup korum).

Kaedah fiqh menyebut:
Al-aslu fi al-kalami al-haqiqatu

Ghalabatuz Dzon (Sangkaan Kuat yang Berasas)
Saja nak tanya, bila Nik Zawawi nak menipu ahli PAS bahawa MSU dah mesyuarat dan putuskan Lim Guan Eng tak layak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebab Setiausaha Agung DAP itu kapiaq?

Nasihat
Takutlah dengan inzar Allah SWT seperti ayat al-Quran di bawah ini:

"Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya.

[Surah Al-An'aam: 123]

Elok Nik Zawawi jangan menipu rakyat Malaysia atas nama Islam, Majlis Syura Ulamak PAS.

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB



Prof Agus Dan Dr. Mazlee Tegur Cara PAS Berpolitik



Penganalisis: Cara politik Pas 'ketinggalan'

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan Pas sudah jauh tersasar daripada permainan politik abad ke-21 apabila sering dilihat berubah fikiran dalam kerjasama politik PR.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengulas perkembangan terkini membabitkan calon jawatan menteri besar yang dikemukakan Pas kepada istana Selangor.

“Pas kena jelas pendirian, ini tidak dalam mesyuarat PR dinyatakan lain, di media lain.

“Pas boleh berbeza pendirian dan pendapat, tapi keputusan yang dibuat oleh Pas itu mestilah jelas dan tetap pendirian, jika asyik tukar pendirian susah, hilang kepercayaan rakyat nanti," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam tersebar spekulasi yang mendakwa kononnya Pas turut menghantar calon mereka untuk menjadi menteri besar.

Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan laporan portal yang mengatakan Pas menghantar satu nama pemimpin parti itu selain dua nama calon dari PKR. Ada pula yang mendakwa Pas menghantar tiga nama pemimpin mereka.

Antara nama pemimpin Pas yang paling kerap disebut-sebut sebagai calon ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad yang berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Negeri sejak 2008. Selain beliau, dua exco lain iaitu Dr Ahmad Yunus Hairi dan Salehen Muhyi turut diramal mampu menggalas tugas itu jika dipilih sultan.

Namun, Iskandar ketika ditemui Sinar Harian menafikan namanya dicalonkan Pas Pusat sebagai salah seorang calon menteri besar, seperti yang dicanangkan.

Dalam perkembangan terkini, satu lagi kenyataan media Timbalan Presiden Pas menjadi viral di aplikasi WhatsApp mendakwa AJK Pas Pusat tidak tahu menahu mengenai senarai terbaru yang dihantar Pas ke istana Selangor pada 3 September.

"Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama Dr Wan Azizah dan kedua Mohamed Azmin Ali," ujar Mohamad Sabu. -SH

8 ulasan:

C++ berkata...

Bhai KK...

Tue la masalahnyer... Diorang nih ingat ahli PAS semua bodoh macam diorang ker.... Hahaha... walaupun kami tak pegang jawatan besar dalam PAS ... tapi rasanyer ilmu kami pon setara gak aaa malah mungkin lebih dari diorang....

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

ramboo II berkata...

Ambe berbeza pandangan dgn admin, persoalan pokok,mengapa wan azizah? Beliau tiada dlm team pr selangor malahan jauh sekali terlibat dlm pentadbiran negeri, kerusi mb diberikan pd pkr atas sbb pentadbiran khalid yg baik pd 1st term,ttp setelah khalid disingkirkn tanpa restu rakyat selangor,langkah kajang merupakan langkah sumbang yg menampakkan kegilaan oleh kuasa dsai yg mengikis kepercayaan org pas thdp beliau. Potongan surah al-an'aam jg sesuai ditujukan kpd dsai.

Tanpa Nama berkata...

LARANGAN BERBOHONG

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Biasakan kamu berkata benar kerana kebenaran itu menuntun kepada kebaikan dan kebaikan itu menuntun ke syurga, dan seseorang itu selalu berkata benar sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai sdiddiq dan awaslah kamu dari dusta kerana dusta itu menuntun kepada lacur (kejahatan) dan kejahatan itu menuntun kedalam neraka dan seseorang itu biasa berdusta sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai pendusta."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "kamu anggap orang itu munafiq dengan tiga tanda iaitu:

~Jika berkata ia berdusta
~Bila berjanji ia mungkiri
~Jika berjanji sumpah ia langgar

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Malik berkata: ketika Luqmanul-Hakim ditanya:

"Apakah sebab sehingga kamu dapat mencapai kedudukanmu itu?" Jawab Luqman:

"Dengan benar dalam berkata-kata dan menunaikan amanat dan meninggalkan apa yang bukan kepentinganku."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shafwan bin Sulaim berkata Rasulullah s.a.w. ditanya:

"Apakah orang mukmin yang dapat menjadi penakut?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ya."

Ditanya pula: "Apakah mungkin seorang mukmin itu pendusta?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Tidak." Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ubadah bin Ashshamit r.a. berkata Rasulullah s.a.w. ditanya:

"Jagalah enam macam untuk dirimu sendiri, saya dapat menjamin untukmu syurga. Enam perkara itu ialah:

~Benar-benarlah jika berkata-kata
~Tepatilah jika berjanji
~Tunaikan amanat
~Jagalah kemaluanmu
~Pejamkan matamu
~Jagalah tanganmu

Tanpa Nama berkata...

Aku amat setuju dgn admin. Buktikan dulu mesy cukup korom.kalau 4 ekor APA cerita.

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi menapik........muncul harini. kononya setia usaha majlis syura..... Wahai ahli ahlul paih......dimana letaknya maruah kamu kepada rakyat? Ulamok ape macang ni, bodo in total.......

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi menapik........muncul harini. kononya setia usaha majlis syura..... Wahai ahli ahlul paih......dimana letaknya maruah kamu kepada rakyat? Ulamok ape macang ni, bodo in total.......

4G berkata...

apa yg dapat dilihat didalam kemelut mb selangor ni ialah the true color of so called ulamak nie...isu ta stuju wan azizah calun mb itu isu lain yg menjadi isu nye sekarang mengapa majlis ulama na memandai mandai melakukan sesuatu bukan dalam bidang tugasnya kalu dirujuk dgn perlembangaan PAS..tu yg menjadi perbualan dan isunye..

Tanpa Nama berkata...

Wala' pada pemimpin/pucuk pimpinan...geng real ug n irc dlm PAS SILA KUAR dr jemaah kita....anda boleh pilih pkr, umno., dap n PasMa yg sealiran dgn natijah/hujah anda...baru diangkat jadi ajk pusat n wakil rakyat...dah mula tunjuk lagak dah cabar Ulama'.....kami rakyat n pengundi marhaein dah mulai boleh menilai golongan munafiq dlm jamaah.....tunggulah akan timbul bapa munafiq dlm PAS yg kbykan dr golongan profesional yg tak pernah pun pck bendera PAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...