29 Jun 2014

PANAS! JIKA TIDAK SUKA TINGGAL DI SELANGOR SILA PINDAH KE NEGERI LAIN?

BACA KOMEN YANG MENARIK.......AYAT MACAI UMNO.......

Barney Muthu · Top Commenter
Kami dah pun buka mata sejak 2008. Sebab itu kami lantik PR sekali lagi. Saya penduduk Selangor termauk ramai lagi penduduk tak bimbang kerana ini bukan salah kerajaan Selangor tapi salah regime UMNOBN dan rakyaat Selangor pun tahu kenapa. Olih tu jangan main sandiwara di sini. Jika tak suka tinggal di Selangor pindah ke negeri lain sahaja lah.


APA KATA KETUA PEMBANGKANG.......
Isu air berulang: Harap rakyat Selangor ‘buka mata’

Gangguan air ini telah menyebabkan seluruh rakyat negeri Selangor, tanpa mengira pandangan politik bimbang.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang negeri Selangor, Datuk Shamsuddin Lias berharap, rakyat di negeri Selangor dapat ‘membuka mata’ mereka setelah Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi gagal untuk mengotakan janjinya.
Hal ini berikutan masalah bekalan air terputus, dan tekanan air yang rendah dihadapi di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam dan Hulu Langat.

Menurutnya lagi, tidak mustahil sekiranya masalah gangguan air akan berulang kembali kerana pihak kerajaan negeri hanya mengharapkan air daripada kolam alternatif sahaja.

“Dulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan telah menyatakan hasratnya untuk menjual air sebanyak tiga juta liter sehari kepada Kerajaan negeri Selangor, tetapi Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sombong,” katanya sewaktu dihubungi oleh FMT.

Katanya, sekiranya Menteri Besar setuju dari dahulu lagi, pastinya kolam takungan air di Selangor akan sentiasa penuh.

“Saya memang cukup sensitif apabila masalah air ini berulang kembali,” kata ADUN Sungai Burong itu.

Ujarnya lagi, masalah gangguan air ini telah menyebabkan seluruh rakyat negeri Selangor, tanpa mengira pandangan politik bimbang memandangkan sehari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.

“Sebelum ini, Kerajaan negeri Selangor berjanji nak bagi air percuma, tetapi macam mana nak bagi kalau air pun tidak ada.

“Saya memang tidak berpuas hati dengan cara pihak Kerajaan negeri Selangor uruskan masalah air,” tegasnya.

Semalam Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Priscilla Alfred menjelaskan lima wilayah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat terputus bekalan air dan tekanan rendah berikutan pengeluaran air terawat dari loji-loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan.

Gangguan bekalan air ini tidak dapat dielakkan disebabkan ketiadaan sumber bekalan air alternatif yang disalurkan ke kawasan terjejas.


Mesyuarat air Selangor: SYABAS hantar pekerja bawahan



PELABUHAN KLANG: Barisan Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri ketika diminta menghadiri mesyuarat bagi membincangkan status pembangunan dan penyaluran air seluruh Selangor yang dilaksanakan setiap dua hari.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata dalam mesyuarat yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Kushrin Munawi itu hanya dihadiri 50 kakitangan bawahan termasuk pihak lain berkaitan tanpa pengurusan tertinggi.

“Apabila kita adakan mesyuarat tersebut, kita panggil pegawai tertinggi Lembaga Urus Air Selangor (LuAS), Suruhanjaya Perkhimatan Air Negara (SPAN) termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. mereka semua datang tetapi lima pegawai eksekutif tertinggi SyYABAS yang kita jemput tak datang.

air-syabas_MBa“Mereka (SYABAS) hantar kakitangan yang purata gaji mereka tak sampai RM150,000 sebulan sedangkan lima mereka itu kumpulan gaji hampir RM3 juta sebulan tapi tidak hadir.

“Ini menunjukkan Kerajaan Negeri masih belum menguasai perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua yang menyalahkan Kerajaan Negeri berkenaan gangguan bekalan air terbaru yang berlaku di negeri itu.

Beliau berkata, pihak tertentu seharusnya memahami kedudukan Kerajaan Negeri yang tidak mempunyai kuasa untuk meminda pengurusan SYABAS bagi menyelesaikan masalah air sebelum pengambilalihan industri air dapat dilakukan.

Malah, dalam masa yang sama, katanya, semua pihak diminta memberi peluang kepada Kerajaan Negeri sekurang-kurangnya enam bulan selepas pengambilahan sebelum menimbulkan sebarang pertikaian.

“Untuk ini, kita sudah minta Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk menyiapkan program pengambilalihan .

logo syabas“Katakan bulan Julai kita ambil, kena bagi masa enam bulan untuk urus, tetapi jika kita ada masalah baru boleh kata Kerajaan Negeri tidak cerdik urus air. Kena bagi kita masa kerana dalam perniagaan juga diberi masa,” katanya.

Beliau berkata, sebelum proses sepenuhnya pengambilalihan, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa penuh kepada SYABAS.

“Kalau kita mempunyai kuasa penuh nanti bolehlah kalau nak kata Kerajaan Negeri bodoh ke tolol. Jadi, waktu ini tidak boleh kata Kerajaan Negeri tidak buat kerja,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid berkata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili juga kesal dengan tindakan SYABAS kerana gagal memastikan pengagihan air dilakukan secara lancar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...