05 Julai 2014

Rakyat Mersing Menderita Sudah Empat Bulan Air Dicatu



Ketika penduduk Selangor merungut kerana ketiadaan air sambal menyalahkan kepimpinan kerajaan negeri baru0-baru ini, rupa-rupanya seluruh penduduk Mersing kesal kerana nasib serupa yang menyusahkan kehidupan mereka telah berlarutan sejak empat bulan lalu namun tiada pihak yang ambil peduli.

"Air dicatu selang sehari sejak empat bulan lalu di seluruh daerah Mersing. Rakyat telah membuat aduan dengan pelbagai pihak tetapi masing-masing hanya memberi jawapan sedang diusahakan.

"Sampai bila masalah ketiadaan air akan berlarutan di tempat kami? Janganlah nampak penderitaan rakyat di Selangor sahaja sehinggakan segala penderitaan yang kami tanggung selama empat bulan ini langsung tiada penyelesaian,” kata seorang suri rumah, Aishah Saidin dari kampung Air Merah.

Sambil menyifatkan masalah yang ditanggung rakyat Mersing sebagai satu seksaan, Aishah turut melahirkan rasa kesal kerana semua perumahan yang diduduki kakitangan kerajaan tidak terganggu dengan masalah ketiadaan air.

"Mereka tidak akan tahu kesusahan yang kami tanggung kerana kediaman mereka semuanya tiada masalah air. Ini bukan cerita rekaan tetapi satu kenyataan kerana ada juga saudara mara kami yang tinggal di kuarters kerajaan.

"Mereka dengan bangganya bercerita masalah air tidak pernah dilalui tetapi tahu betapa kami yang tinggal di rumah sendiri telah sekian lama menjadi mangsa ketiadaan air. Apakah ini wajar berlaku?" soal Aishah.

Lebih teruk lagi kata ibu kepada lima anak ini, khabar terbaharu yang sampai adalah catuan air akan dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri nanti sebagai satu langkah penyelesaian sementara keadaan kembali pulih.

"Sepatutnya, masalah ini telah lama diberi perhatian. Cadangan mencatu air pada Hari Raya hanya akan memburukkan keadaan di samping menyusahkan rakyat Mersing.

"Masalah air di Selangor terus menutup membutakan mata pihak berwajib di Mersing. Masyarakat hanya nampak negeri pembangkang tidak bijak menangani masalah rakyat sedangkan kami di bawah negeri pentadbiran kerajaan sebenarnya lebih teruk keadaannya," kata Aishah. -

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...