02 Julai 2014

PANAS ! KERAJAAN PR SELANGOR UMUM BONUS SEBULAN GAJI...AKAN BUAT KERAJAAN PUSAT TERTEKAN!!!


KERAJAAN PR SELANGOR PIMPINAN TSKI "ZALIM" DAN "KEDEKUT PAHIT" ???? ... UMUMKAN SEBULAN BONUS UNTUK SEMUA KAKITANGAN AWAM NEGERI SELANGOR..



Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian bonus tahunan dan sempena sambutan Aidilfitri ini kepada semua kakitangannya, hari ini.

Menurut Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri Selangor bersetuju memberi bonus ekoran prestasi laporan kewangan negeri menunjukkan peningkatan.

"Exco negeri bersetuju beri bonus sebulan gaji ikut tempoh perkhidmatan bertarikh 31 Jun ini, sejumlah RM32.7 juta diperuntukkan bagi tujuan pemberian bonus ini.

"Keputusan ini dibuat kerana laporan kewangan negeri menunjukkan pertumbuhan kutipan hasil meningkat dari tahun 2013 sehingga 30 Jun 2014," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.


KERAJAAN PUSAT PIMPINAN NAJIB RAZAK BELUM BUAT APA-APA KEPUTUSAN PUN .. TETIBA KERAJAAN NEGERI SELANGOR PIMPINAN TSKI DAH ISTIHARKAN AKAN BERI SEBULAN BONUS.

TERUK SUNGGUH TSKI NI KAN KAN KAN ??????? .. LANGSUNG TIDAK PEDULI NASIB KAKITANGAN AWAM DI NEGERI SELANGOR ... "KEDEKUT PAHIT" SUNGGUH???

TIDAK BERHATI PERUT LANGSUNG ... MASA NAK SAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI NI TSKI BAGI SEBULAN GAJI BONUS .. KALAU DIA BAGI APA MODAL LAGI YANG ANTI BELIAU NAK JAJA KATA TSKI KAKI KEDEKUT PAHIT TAHI HIDUNG MASIN?????

MASIH TAK BAIK LAGI KERAJAAN NEGERI SELANGOR PIMPINAN TSKI .. MASIH KEDEKUT PAHIT???? ~OK

BERITA BARU KELUAR....TIADA BONUS HANYA BANTUAN KHAS
FAHAM JE KAN....PENDAPATAN NEGARA MANA ADA LEBIHAN......

Penjawat awam terima RM500 sempena Aidilfitri

Najib Tun Razak - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka.

"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya. - Bernama

2 ulasan:

Pandak berkata...

dh kata, suruh PR menang perintah malaysia tk nak. konon jual negara kat cina la, kat org asing lah.

apa pun najib takkan tknk challenge TS khalid. kerajaan pusat lebih kaya dr negeri.

atau nk tunggu kakitangan kerajaan bertukaaaarrrr.... menjadi panda, baru dpt 1 bulan gaji

Tanpa Nama berkata...

boleh membazir berjuta-juta, kakitangan awam dpt ciput je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...