28 Jun 2014

KEPALA LEMBU, KOMEN ZAHID MAKAN DIRI


Insiden kepala lembu, Gerakan bidas komen Zahid Hamidi



VIDEO | 0:34 sec

Gerakan membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana gagal memahami sensitiviti penganut agama Hindu dengan mengatakan bahawa perbuatan meletak kepala lembu di rumah ADUN Seri Delima pagi ini sebagai "harga yang perlu dibayarnya kerana keceluparan mulutnya'.


Ketua Biro Undang-undang dan hak asasi parti itu, Baljit Singh berkata sebagai menteri dalam negeri, Zahid perlu memupuk keamanan dan keharmonian dan bukannya menggalakkan keganasan.

Beliau mengingatkan Zahid (kiri) bahawa mangsa, RSN Rayer adalah penganut Hindu seperti dirinya (Baljit) dan perbuatan seumpama itu bukan sahaja tidak sensitif tetapi juga nakal, terutamanya apabila ia dilakukan sehari sebelum bulan puasa.

"Insiden itu menyentuh sensitiviti agama Hindu. Menteri dalam negeri perlu lebih bertanggungjawab," kata Baljit kepadaMalaysiakini.

"Beliau tidak sepatutnya menggalakkan permusuhan antara rakyat yang berlainan kepercayaan, terutama ia berlaku hanya sehari sebelum bulan puasa bermula," tambah Baljit.

Baljit (kanan) merujuk kepada komen Zahid bahawa insiden di
rumah Rayer itu sebagai "harga" yang perlu dibayar wakil rakyat DAP itu kerana mengucapkan "Umno celaka" di sidang Dewan Undangan Pulau Pinang bulan lalu.

Rakyat Post memetik Zahid sebagai berkata bahawa Rayer perlu sedar bahawa kenyataannya itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Zahid dilaporkan berkata bahawa sebagai seorang ahli politik, beliau bersimpati dengan Rayer.


“Tapi itulah harga yang patut dibayar jika bermulut celupar,” Zahid dilaporkan berkata dalam satu sidang media selepas melancarkan Program Tamat Latihan Certified Security Guards (CSG) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Kubu Baru.

Baljit menggesa ketua polis supaya bertindak terhadap pelakunya kerana ada bukti rakaman video insiden yang berlaku pada jam 5.58 pagi di luar rumah Rayer di Island Park. ~mk

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zahid adalh menteri SAMSENG yang menyemarakan keganasan.
Boleh ugut tampar.....
Boleh ugut tumbuk.....
Boleh letak kepala lembu dekat rumah penganut Hindu
Kepala babi bolehkah letak kat rumah Lu zahid....
MENTERI TAK ADA OTAK
DR KANGKONG.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...