03 Julai 2014

PANAS! KES BERI MAKAN KEPADA GELANDANGAN , NGO TEMPELAK KU NAN PAKAI UNDANG-UNDANG MANA

Pertiwi ketepi amaran Tengku Adnan, terus edar makanan percuma

TIADA apa yang lebih menggembirakan Munirah selain melihat gelandangan dapat menikmati sesuap nasi biar pun pelbagai pihak mencemuh usaha Pertiwi. Foto FAZRY ISMAIL, 3 JULAI 2014

Lagi...
Kami tidak didik gelandangan jadi pemalas - Pertiwi Soup Kitchen

ERTI sesuap nasi bagi seorang gelandangan yang mempunyai seribu satu cerita di sebalik 'pilihan' mereka untuk hidup melarat di ibu kota.

Pertiwi Soup Kitchen (Pertiwi) akan meneruskan program pengagihan makanan percuma kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur seperti biasa di sebalik amaran Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu mengenakan denda kepada penganjur-penganjur program sedemikian.

Pengasas Pertiwi, Munirah Abdul Hamid berkata, penggagihan makanan yang dilakukan sebanyak empat kali seminggu oleh organisasi itu adalah sejajar dengan ajaran Islam iaitu membantu orang susah dan tidak berkemampuan.

"Apa yang saya tahu, kami di Pertiwi tidak melakukan sebarang kesalahan (memberi makanan percuma kepada gelandangan) kerana sebagai orang Islam kita dianjurkan untuk membantu orang lain yang tidak berkemampuan.

"Saya memilih untuk membuat sesuatu yang betul mengikut ajaran Islam berbanding takut kepada amaran seorang menteri.

"Tambahan pula, Pertiwi dilancarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu biarpun bukan Tengku Adnan tetapi pastilah program ini bukan satu program yang salah atau melanggar peraturan negara,” katanya kepada MalaysiaGazette sebagai reaksi kepada kenyataan Tengku Adnan hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan itu memberi amaran kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertiwi yang aktif menganjurkan program penggagihan makanan percuma kepada gelandangan dengan meminta mereka berpindah kawasan operasi yang selalunya di sekitar bandar raya dan segi tiga emas Kuala Lumpur, selewat-lewatnya Isnin ini.

Sekiranya gagal, NGO-NGO tersebut akan dikenakan denda.

"Saya tak rasa denda kepada penganjur adalah sesuatu yang betul di dalam hal ini.

"Tak tahulah bagaimana pendapat anda, tetapi setahu saya, apa yang kami lakukan adalah sesuatu yang betul dan tidak menyalahi undang-undang.

"Program akan dijalankan seperti biasa di kawasan-kawasan biasa," tambah Munirah lagi.

Pertiwi mengagihkan kira-kira 500 sehingga 750 pek makanan lengkap setiap malam Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad di kawasan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Puduraya dan Masjid Jamek.

Selain itu, ia turut menawarkan perkhidmatan klinik bergerak dan dandanan rambut yang diusahakan oleh sukarelawan-sukarelawan Pertiwi.

Pertiwi dilancarkan pada 11 Mac 2010 oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu, Datuk Raja Nong Chik di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. - MalaysiaGazette

Read more:SUMBER

KU NAN DAH PANAS TELINGA!!!



Tengku Adnan Tengku Mansor
1 jam ·


Saya ambil maklum rungutan rakyat & kawan-kawan berkaitan isu gelandangan yg saya bawa. Niat saya adalah untuk perbetulkan keadaan tapi jika ada yg membuat tanggapan atau persepsi berbeza maka saya bersedia untuk memperjelas dan beri penerangan tentang tujuan saya yg sebenar. Saya tak menidakkan usaha-usaha murni mana-mana pihak yg membantu gelandangan dan fakir miskin di ibu kota. Saya juga telah terbaca kata-kata kesat yg telah dilemparkan kepada saya. Saya nak maklumkan bahawa niat saya tak sedemikian. Saya harap masyarakat dan org ramai faham masalah yg sedang dihadapi. Niat saya nk jadikan ibu kota bersih. Untuk itu, saya sedia mendengar dan buat pindaan terhadap apa-apa yg perlu

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Islam tang mana mamat ni..nasyid di hardrock cafe...sedekah dan amal jariah kena denda..pi lh mesjid ooi..dengak tazkirah..bersedekahlah kamu pada org2 yg memerlukan lebih2 lg di bulan ramadan ini...

Tanpa Nama berkata...

Islam mazhab UMNO...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...