14 Mei 2013

TERHOT ! CINA GERAKAN PUN NAIK HANGIN.. DENGAN KENYATAAN RASIS, MOHD NOR ABDULLAH..!!!


Gerakan: Masih ada sebilangan besar rakyat keturunan Cina sokong BN




KUALA LUMPUR, 14 Mei — Masih ada sebilangan besar rakyat Malaysia keturunan Cina menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang.

Oleh itu, ia adalah terlalu mengelirukan untuk mewujudkan persepsi yang salah bahawa semua rakyat Malaysia keturunan Cina mengkhianati masyarakat Melayu memandangkan terdapat juga di kalangan orang Melayu yang menyokong pembangkang, katanya dalam satu kenyataan.

Tan berkata demikian bagi merujuk kenyataan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah semalam yang memberi amaran kepada masyarakat Cina supaya bersedia menghadapi tindak balas daripada orang Melayu atas “pengkhianatan” mereka pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.


“Sebagai anggota jawatankuasa aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa ini, Mohd Noor perlu menahan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan rakyat Malaysia selepas pilihan raya,” kata Tan.

Beliau berkata pilihan raya adalah satu proses demokrasi dengan mana-mana rakyat Malaysia boleh memilih mana-mana parti untuk diundi dan pilihan itu bukan satu tindakan khianat ke atas mana-mana parti politik atau masyarakat.

Anwar: Kenyataan Mohd Noor lebih rasis dari KKK

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kenyataan kontroversi seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan yang memberi amaran bahawa orang Melayu akan membalas dendam sekiranya dikhianati oleh orang Cina.

Anwar berkata, kenyataan Datuk Mohd Noor Abdullah itu malah mengatasi kumpulan pelampau kaum Ku Klux Klan (KKK) di Amerika Syarikat, katanya.



“Ucapan rasis bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah mengatasi Ku Klux Klan dan akan membuatkan (pemimpin Nazi Jerman, Adolf) Hitler bangga.

“Berapa lama lagi kita perlu bertolak ansur dengan tindakan meniup kebencian dan mengumpan perkauman dari kerajaan haram (Datuk Seri) Najib (Razak),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dalam ucapan tersebut, Mohd Noor antara lainnya menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya tersebut hari ini, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu itu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.




"Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi," katanya, mengulas keputusan pilihan raya tersebut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...