14 Mei 2013

TERHOT ! PUNCA TS KHALID LAMBAT DILANTIK MB TERBONGKAR !!!




Sultan berkenan pengalaman Khalid urus tadbir Selangor
KLANG 14 MEI: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua berikutan sumbangan beliau membantu melicinkan pentadbiran negeri, menurut
Setiausaha Sulit Baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

“Baginda berkenan melantik Abdul Khalid atas tiga faktor iaitu persetujuan Pakatan Rakyat mencalonkan namanya.



“Beliau juga memenuhi syarat perlantikan seperti yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

“Selain itu, pengalaman Abdul Khalid sebelum ini sebagai Menteri Besar yang banyak membantu melicinkan pentadbiran Kerajaan Selangor turut menjadi faktor penting,” kata Mohamad Munir dalam kenyataan.

Berhubung kelewatan perlantikan Menteri Besar Selangor, Mohamad Munir menjelaskan, ia kerana Baginda masih menunggu senarai calon Menteri Besar yang akan dikemukakan oleh semua parti komponen Pakatan Rakyat.




Katanya, kelewatan ini juga ekoran kenyataan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa calon Menteri Besar selepas Pakatan menguasai semula Selangor tidak semestinya Khalid.

“Justeru, Sultan menunggu senarai calon yang lain sebelum berpuas hati dengan pencalonan satu nama sahaja sebagai Menteri Besar iaitu Khalid,” katanya.


Khalid kira-kira jam 10.10 minit pagi tadi mengangkat sumpah dan membaca ikrar aku janji sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.


Perkembangan ini sekali gus menamatkan teka-teki dan spekulasi yang berlarutan selama seminggu tentang siapa pemimpin daripada gabungan parti PAS, PKR dan DAP (PR), yang akan mengisi kerusi menteri besar selepas pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei.

"Senarai barisan exco dah ada. Sasaran kami, paling lebih dua minggu, paling awal seminggu exco baharu akan dilantik"..kata beliau.

Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu.

Beliau juga merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).

Pada PRU13, PR memenangi 44 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.

PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi.

Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan sokongan mereka kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Tan Sri, kami rakyat Selangor menyokong sepenuhnya perlantikan Tan Sri Sebagai MENTERI BESAR SELANGOR.

Tanpa Nama berkata...

tgu penyokong umno komen..buatlah auta byk2 umno oiii..rakyat selangor bertmbah meluat dgn umnoo..kering idea..mcmana nk jadi pemimpin..nk rembat harta rakyat..tu mereka byk idea...huhuhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...