16 Mei 2013

TERHANGAT ! PUNCA NOH UDANG KENA TENDANG DARI MENTERI TERBONGKAR..!!!!



Nampak gayanya Najib begitu kecewa dengan BN Selangor, tiada langsung MP dari selangor dilantik Menteri kali ini......


Sayangi Selangor, Yakini BN sebagai pembangkang..  Agaknya jadi kenyataan jugak nanti apa yang Khir Toyo pernah bagitau.. Selangor zero pembangkang!..


Noh Omar digugurkan dari kabinet

Beberapa orang pemimpin utama Umno digugurkan dari senarai jemaah menteri yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Paling menonjol adalah MP Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar yang sebelum ini mengetuai portfolio Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Noh yang juga timbalan pengerusi BN Selangor tidak dikekalkan dalam kabinet kali ini susulan kegagalan BN untuk merampas semula negeri tersebut dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Turut digugurkan ialah ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang sebelum ini mengetuai kementerian kerja raya.




Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU13) ternyata memberi tekanan dan kekecewaan kepada Barisan Nasional (BN) Selangor apabila gagal merampas kembali negeri yang terkaya dan termaju daripada Pakatan Rakyat (PR).

Dengan kekuatan jentera pilihan rayanya yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya Selangor di samping tawaran manifesto aku janji yang hebat, BN Selangor hanya mampu memperoleh lima daripada 22 kerusi parlimen dan 12 daripada 56 kerusi Dun pada PRU13 ini.

Keputusan PRU13 turut memberi kejutan kepada BN Selangor apabila kehilangan beberapa kerusi daripada calon ‘winnable candidate’ dan kubu kuatnya antaranya Parlimen Sepang yang ditandingi oleh Timbalan Pengarah Pilihan Raya Selangor, Datuk Seri Mohamed Zin Mohamed.

Manakala bagi kerusi Dun, BN Selangor turut kehilangan kerusi yang disandangnya sebelum ini iaitu Paya Jaras, Templer, Morib, Dusun Tua, Sabak, Tanjung Sepat, Sri Serdang, Kuala Kubu Baru, Sementa dan Sungai Pelek.

BN Selangor hanya memenangi lima kerusi Parlimen iaitu empat kerusi ditandingi oleh calon Umno manakala satu kerusi iaitu Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh calon MIC, P Kamalanathan.

Dua kerusi tersebut dimenangi oleh calon muka baru dari Umno iaitu Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam manakala Datuk Irmohizam Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Kuala Selangor.

Manakala dua lagi kerusi parlimen masih kekal milik penyandangnya iaitu Ahli Parlimen Tanjung Karang lima penggal berturut-turut, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...