15 Mei 2013

TERHOT ! AZMIN DAN USTAZ HARUN DOK DIAM-DIAM, KAMI TAKNAK KENA TIPU....HARAMJADAH BETUI!!!


PRU 13 : Mengapa kita mesti bantah.... ? Azmin dan Ustaz Harun kena faham.

Sudah seminggu PRU 13. Keputusannya sudah diumumkan. BN menang dari segi kerusi(tipu?) dan Pakatan Rakyat menang dari segi undi popular rakyat.

Kini, Anwar Ibrahim dan PR giat mengadakan perhimpunan bantahan tentang keputusan PRU 13.

Nanum, ada yang membantah. Antaranya Azmin dan Ustaz Harun Taib. Alasannya, letih, redha dan fikir tentang agenda.

Barangkali bagi Azmin agenda MBnya manakala Ustaz Harun Taib,anaknya di DUN Manir dah menang.Jadi kena duduk diam-diam.

Sebenarnya, bagi kita membantah keputusan PRU 13 bukan kerana Anwar tidak dapat jadi PM. Bukan itu maksud dan tujuan kita. Soal Anwar jadi PM adalah soal kedua.

Barangkali itulah kefahaman Ustaz Harun Taib dan Azmin. Mereka berdua memang tidak "ngam" dengan Anwar. Itu masalah mereka berdua!


Kita membantah keputusan PRU 13 adalah untuk anak cucu kita. Bukan kerana Anwar!

Sejak dulu lagi kita kena tipu dalam setiap PRU. Bahkan semasa Anwar dalam kerjaanpun, barangkali dia tahu tentang tipudaya BN untuk memenangi PRU.

Penipuan besar bermula PRU 11 2004. BN merampas Terengganu dengan penipuan secara terang-terangan. Pengundi Selangor diangkut pagi dan dihantar pulang waktu petang untuk mengundi di Selangor pula. Pusat Pengundian ditutup lewat untuk memberi masa pengundi Selangor balik semula.

Masa itu Anwar dalam penjara. Malam kekalahan itu ,TG Haji Hadi dengan muka terkejut dan marah menunjukkan bukti-bukti nyata tentang penipuan SPR. Kertas-kertas undi berteraburan dibuang dalam semak dan jalanraya.



Himpunan 505 Blackout di Kuantan Semalam

Keputusan PRU 11 di Terengganu diketahui awal seawal jam 5 petang. Perancang utama ketika itu adalah Idris Jusoh dengan dibantu JPN dan SPR.

Ketika itu kemarahan rakyat sekadar "hangat-hangat tahi ayam". Tiada pimpinan samada PAS,PKR dan DAP yang memainkan peranan serius untuk mengetuai bantahan itu.

Semasa PRU 12 tahun 2008, ulangan episod penipuan tetap berulang.Tetapi kemenangan menawan Pulau Pinang,Kedah dan Selangor menjadi penawar hati seketika.

Tanpa menyedari, tumbangnya Selangor kerana pengundi tegar UMNO pergi ke Terengganu dan pengundi atas pagar mengundi PR.

Pulau Pinang pula kerana penolakkan majoriti pengundi Cina keatas GERAKAN dan MCA.

Kini selepas PRU 13, fenomena membantah kembali. Tetapi dengan suasana dan sebab yang berlainan. Antaranya :


a) Pengundi muda begitu marah melihat cara penipuan SPR. Tipu "atas darat". Lihatlah kenyataan bodoh dan lawak Pengerusi SPR dan Timbalannya. Jika pengundi Saluran 1 bolehlah mereka bersabar. Tetapi ini darah orang muda. Kena tipu hidup-hidup.

b) Oleh kerana BN menang sebab kerusi yang banyak tetapi kalah dari segi undi popular, tentunya bantahan itu berbentuk bantahan rakyat. Bukan sekadar bantahan ahli parti sahaja. Buktinya himpunan di Kelana Jaya , Pulau Pinang dan Ipoh.

c) Bantahan bertambah panas kerana wujudnya sentimen rasis yang ditiupkan oleh UMNO. Tentunya rakyat tidak dapat menerima hakikat ini terutama kaum Cina.


Jadinya, bantahan selepas PRU 13 bukanlah berbentuk kepartian semata tetapi dalam bentuk bantahan rakyat yang tidak mahu ditipu dan benci dengan penipuan UMNO,SPR dan JPN.

Kesimpulannya, hari ini rakyat membantah bukan semata kerana Anwar tetapi demi masa depan anak- cucu mereka.

Yang ini, Azmin Ali dan Ustaz Harun Taib kena faham.


http://tokpepijat.blogspot.com/2013/05/pru-13-mengapa-kita-mesti-bantah-azmin.html

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalam Tuan,

Pada pendapat saya, Allah belum mengizinkan DSAI/PR mengambil alih pentadbiran negara ini buat sebulan dua ini. Ini kerana, Allah maha mengetahui isi hati anggota2 bawah yang lain dalam PR yang seolah-olah gila kuasa. DSAI bermati-matian menegakkan keadilan dalam negara, tetapi mereka pula seolah-olah bongkak dengan kejayaan mereka. Inilah hikmah yang Allah ingin tunjukkan. dan sebab itulah Allah menahan dulu DSAI/PR naik menjadi PM dan tadbir negara ini, kerana masih ada manusia yang belum suci hati mereka untuk berjuang menegakkan keadilan. Insyaallah, DSAI/PR akan naik takhta mengambil alih pentadbiran negara dari BN/UMNO dalam sedikit masa lagi. dan pada Azmin & Uztaz, fikirlah tentang perjuangan seikhlas hati dan bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk kepentingan rakyat kini dan akan datang dan membawa negara seiring dengan tuntutan islam dunia hingga akhirat. Dan kalau Azmin & Ustaz penat dan letih dan sudah putus asa..berundurlah kamu berdua..kerana masih ramai lagi Azmin dan Ustaz akan mengantikan tempat mereka.

Tanpa Nama berkata...

Kamu tak akn mengetahui hikmah ilmu Tuhan..sehinggalah ia terjadi. Jadi ..tak usahlah bercakap seolah2 kamu tahu apa yg Allah mahu zahirkan.

Walaupun perit.. perjuangan mesti tetap akan di teruskan.

Tanpa Nama berkata...

Tok haron dah besarapan kenyang bila dia kata tangan dia cuci dah dengan siap tunjuk tangan lagi.mungkin dia terlepa yang penipuan tu adalah mungkin tipu sunat bagi menjayakan niat ameno.

Tanpa Nama berkata...

Selepas PRU 11 pada 2004 ada usaha untuk membantah diketuai oleh PAS dengan himpunan besar-besaran untuk sampai aduan pada SUHAKAM tetapi saat akhir ada orang yg mengaggalkan usaha tersebut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...