18 Mei 2013

BERITA GEMPAR ! MENGAPA MESYUARAT KABINET PERTAMA NAJIB TAK SAH ?



Mesyuarat kabinet Najib langgar perlembangaan?

Penasihat DAP Lim Kit Siang mendakwa mesyuarat pertama kabinet Datuk Seri Najib Razak semalam adalah tidak sah malah melanggar protokol dan juga undang-undang.

Menurut beliau, ini kerana terdapat dua orang menteri dan tiga timbalan menteri tidak sah dalam kabinet Najib itu kerana mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai senator.

Dua menteri itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar manakala timbalan menteri pula adalah Waytha Moorthy, Dr J Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Semalam, selepas upacara mengangkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Najib menjalankan sesi Kabinet selama dua jam di Bilik Kabinet Putrajaya.

“Bagaimanapun, timbul masalah membabitkan kedua-dua prosiding – kerana sehingga waktu ini, Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bukanlah Menteri yang sah dan Waytha Moorthy (Pejabat PM), Dr J Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) bukanlah Timbalan Menteri yang sah kerana mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Najib sepatutnya menjelaskan bagaimana boleh berlaku pelanggaran Perlembagaan dan undang-undang yang turut memalukan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya difahamkan sehingga sekarang, kelima-lima mereka belum mengangkat sumpah untuk menyandang dua jawatan Menteri dan tiga jawatan Timbalan Menteri. Apakah akan ada upacara angkat sumpah “tergesa-gesa” tengah malam buat kelima-lima mereka sebagai Senator?” ujarnya.


4 ulasan:

kampong lad berkata...

aku dah habaq dah baru2 ni kat penyokong buta tuli umno. macam mana boleh jadi menteri kalau jawatan senator tak sah lagi. depa ni angkat sumpah jadi menteri apa ka jadah nya. inilah kabinet kartun kerana pm bapak transformer (bertukar!!)

Unknown berkata...

Tidak timbul mesyuarat kabinet tidak sah, sebab kerajan yang dibentuk pun tidak sah. Menang cara menipu. Kerajaan HARAM dikepalai Najib HARAMJADAH.

Tanpa Nama berkata...

Agak2nyer watak aper yg sesuai utk najib dlm transformer yer...?kihkihkih...

MR.SMASHER

otaistillkick berkata...

bn / umno semakin celaru dalam pengurusan http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/05/hulu-selangor-pasca-pru13.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...