Dr. John Brian Anthony
LUBOK ANTU, 3 April (SK): Walaupun Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim tidak dapat berucap di staium Sukan Batang ai seperti yang di rangcangkan namun kehadiran beliau telah mematahkan tohmahan Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat tidak mementingkan kemenangan di Dun N29 Batang Ai ini.
Dalam suasana kepayahan pengangkutan di kawasan Batang Ai, tetapi tidak mematahkan semangat pengundi yang datang untuk memberi sokongan padu kepada Anwar walaupun kahadiran beliau terpaksa disingkatkan akibat dari tidak dibenarkan berceramah di sini.
Kira-kira 400 penyokong berhimpun di Kampung Kutai untuk mendegan ceramah beliau dan memberi semangat dan perangsang untuk mengingati mereka tentang beberapa perkara penyalahgunaan kuasa BN di Batang Ai. Mereka juga mahu mendengar dari anwar sendiri apakah perubahan yang bakal mereka kecapi setelah kemenangan KeADILan di kawasan ini.
Antara isu-isu yang dibangkitkan Anwar semasa lawatan beliau adalah:-
Pertama: Dimanakah aktiviti perdagangan dan ekonomi BN yang dijanjikan pada tahun 1983 kepada rakyat Batang Ai apabila mereka mahu membina dam hidro-letrik di sini?
Kedua: Dimanakah perubahan dan kualiti kehidupan dalam bentuk infrastruktur dan kemudahan awam yang dijanjikan selama ini? Hampir kesemua rumah panjang masih lagi tidak dibekalkan dengan talian letrik dan air bersih.
Ketiga: Dimanakah hak warisan tanah adad seperti dijanjikan dan tanah pemindahan apabila kepadatan penduduk sidah kian bertamabah? dan
Keempat: Apa telah terjadi kepada jawatankuasa pelaburan yang sepatutnya memantau dan memastikan keamanan dan kesejahteraan penduduk di Lubok antu ini?
BN dilihat sebagai pandai menabur janji tapi tidak dapat mengotakanya.
Kejayaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor telah menjadi kayu pengukur kepada pengundi Batang Ai yang mahu mendapat khairat kematian sebanyak RM2,500 yang tidak pernanah dirasai dan membandingkan segala kekayaan negeri Sarawak telah dirampas Kerajaan Pusat BN.
Sementara itu, pihak polis kelihatan meronda di seluruh Lubok Antu sehingga merimaskan penduduk di kawasan ini.“Mengapa pihak polis tidak membenarkan Anwar berceramah di Stadium Sukan di Batang Ai, sedangkan kami semua adalah pembayar cukai. Sebenarnya BN takut bila orang ramai bertumpu kepada ceramah Anwar di sini,” jelas
Mengapa BN amat takut kepada bayang-bayang KeADILan jika mereka telah memajukan Sarawak dengan jayanya? Kenapa seramai 800 anggota polis datang bertugas di kawasan Lubok Antu dan apakah tugas mereka sebenarnya?
Pilhak polis dilihat seolah-olah diperalatkan oleh BN dimana tugas mereka adalah untuk memastikan untuk menjaga kepentingan BN.
Adakan ini yang dikatakan perubahan yang akan dibawa oleh Ketua Polis Negara Musa Hassan semasa berucap sempena Hari Piolis baru-baru ini?
Pilhak polis dilihat seolah-olah diperalatkan oleh BN dimana tugas mereka adalah untuk memastikan untuk menjaga kepentingan BN.
Adakan ini yang dikatakan perubahan yang akan dibawa oleh Ketua Polis Negara Musa Hassan semasa berucap sempena Hari Piolis baru-baru ini?
2 ulasan:
polis dan fru bukankah kakitangan kerajaan? that's why.
in english - "government servant" is more precise.
what is a 'servant'? just one level ahead of a 'slave'. i repeat, just one level ahead of a 'slave'.
Sayang seribu kali sayang.
Dah tahun 2009 ni, mentaliti pihak polis masih lagi di takok lama.
Sikap sebeginikah yang dinamakan professional, tegas, bersih dan amanah?
Masih tak tahu erti Demokrasi sebenar!
Baik belajar balik.
Catat Ulasan