03 April 2009

03 April 2009

KUAH-Penganut Tao, Buddha dapat rumah ibadat

KUAH - Penantian selama dua tahun untuk membina bagi penganut Taoisme dan Buddha di sini berakhir apabila permohonan mereka diluluskan pada Februari lalu.Timbalan Pengerusi Persatuan Hainan, Chor Benny berkata, Jawatankuasa Khas Rumah Ibadat dan Perkuburan Negeri yang bermesyuarat pada 2 Februari lalu pada dasarnya bersetuju dengan permohonan itu.Bagaimanapun katanya, permohonan itu tertakluk kepada syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).“Kami telah memohon daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri terdahulu namun tiada sebarang tindakan.
“Perkara ini, akhirnya dilanjutkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat(PR) dan ternyata kerajaan begitu prihatin dengan kehendak pelbagai kaum,” katanya pada Majlis Dialog bersama Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas negeri dan kelab penyokong Pas/PKR di sini, semalam.Chor yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Pas (KPP) Langkawi berkata, dengan kelulusan projek ini, menunjukkan kerajaan PR adil dan menghormati kewujudan pelbagai kaum di negara ini.Menurutnya, walaupun kaum Hainan adalah minoriti di Langkawi tetapi masalah mereka didengari oleh kerajaan negeri.“Pada mulanya kami berasa tersisih dari arus pembangunan di Langkawi namun selepas permohonan ini diluluskan, kini kami sedar kami masih ada tempat dan hak di Langkawi,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas negeri, Dr Ismail Salleh berkata, kerajaan PR sememangnya sentiasa prihatin dengan permintaan pelbagai kaum termasuk kaum India dan Cina.“Ini adalah dasar kerajaan negeri yang tidak akan meminggirkan sebarang kaum, kerajaan negeri bersifat terbuka. Jika berlaku kelewatan, itu hanyalah masalah birokrasi dan kerajaan negeri akan cuba mengatasi masalah itu,” katanya.
Pada majlis itu, seramai 200 penyokong kelab Pas dan PKR berkumpul bagi mendengar nasihat dan amanat akhir daripada pemimpin mereka menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...