04 April 2009

Perhimpunan besar-besaran Hindraf di Kem Kamunting 5 petang ini

Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 4 April (SK): Hindu Rights Action Force (Hindraf) akan berhimpun mahu desak Perdana Menteri baru Najib Razak supaya membebaskan kesemua pemimpin mereka yang di tahan di Kem Tahanan ISA, Kamunting, Taiping hari ini.

Perhimpunan besar-besaran di hadapan Kem Tahanan ISA di Kamunting pada jam 5 petang ini adalah bertujuan membantah tindakan pengumuman Perdana Menteri baru Najib Razak yang hanya membebaskan sebahagian daripada lima pemimpin mereka.

Ekoran dari pengumuman Najib untuk membeskan dua peguam Hindraf dan 10 tahanan ISA yang dibebaskan serta-merta semasa ucapan sulong beliau semalam.

“Penyokong Hindraf akan berhimpun di kem tersebut petang ini untuk memberi tekanan kepada Najib supaya beliau membebaskan kesemua tahanan dan sekaligus menutup kem tersebut,” kata Koordinator Hindraf S Jayatas kepada Suara Keadilan.

“Kalau Najib seorang ‘gentleman’ beliau harus tutup kem yang tidak mendatangkan manafaat kepada negara ini, jika beliau merasakan bahawa pemimpin Hindraf bersalah, maka bawa meraka ke mahkamah untuk di bicarakan dan jangan cuma menahan meraka tanpa sebab,” jelas Jayatas

Kedua-dua tahanan yang dibebaskan ialah V.Ganabatirau, 40; dan R. Kengadharan, 40, yang ditahan pada 13 Dis 2007.

Walau bagaimanapun tiga lagi ialah peguam M Manoharan, 46, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, P Uthayakumar, 46, dan bekas pegawai bank, K Vasantha Kumar, 36. masih ditahan.

Sementara itu, Semalam Pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat dan mahukan semua penyokongnya yang terbabit dalam pilihanraya kecil di ketiga-tiga kawasan ini supaya mengundi calon Pakatan Rakyat.

“Najib takut untuk membebaskan Manoharan dan Uthaya Kumar kerana kedua-duanya akan berkempen habis-habisan semasa pilihanraya kecil di tiga kawasan ini,” jelas Jayatas.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...