03 April 2009

120 penduduk Bukit Selambau terima hak milik tanah.
3 April 2009 •


SUNGAI PETANI, 3 APRIL (SK) - Antara isu yang menjadi tumpuan pada pilihanraya kecil N.25 Dun Bukit Selambau, Kedah ialah mengenai isu pemilikan tanah bagi tanah-tanah di kawasan penempatan Kampung Baru.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Usahawan, Pelaburan, Sains dan Inovasi, Ir Amiruddin Hamzah berkata kerajaan kedah akan memberi hak pemilikan tanah kepada 120 penduduk di Bukit Selambau yang masih belum menerimanya.

“Ini bukan lah merupakan gimik politik ketika menjelang pilihanraya kerana hak untuk mendapatkan tanah ialah merupakan keperluan asas kepada penduduk,”katanya pada satu sidang media yang diadakan di bilik Gerakan AMK, Sungai Lalang tengahari semalam.

Katanya, kerajaan negeri prihatin terhadap penduduk berkenaan kerana ada dari kalangan mereka yang telah tinggal sehingga tiga generasi.
Tambah beliau, meskipun mereka tinggal di tanah yang tidak berstatus, namun terpaksa membayar cukai yang dikenakan.

Menurutnya, isu mengenai hal ehwal tanah, yang diletakkan di bawah portfolio exco V.Arumugam iaitu Adun kawasanberkenaan akan diserahkan kepada calon keADIlan, S. manikumar sekiranya memenangi pilihanraya kecil itu.
Katanya lagi, kerajaan negeri pakatan rakyat turut melanjutkan tempoh selama 66 tahun dan 99 tahun bagi tempoh pajakan kampung baru di kawasan bandar dan luar bandar di seluruh negeri kedah.

“Kerajaan negeri telah memberi jaminan bahawa kampung baru yang telah tamat tempoh pajakan, boleh terus memohon kepada kerajaan negeri,”ujarnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...