30 Mac 2009

PERANAN BLOGGER NYAMUK







Malam tadi telah diadakan satu Sidang Khas Bloggers Pakatan Rakyat di Dewan Markas Induk UPU PAS Bukit Gantang, Air Kuning. Sidang yang dimulakan pada jam 9 malam itu telah menemukan beberapa bloggers 'otai' dari group Bloggers Barisan Rakyat, dan Malaysia Today. Diantara nama2 besar yang hadir dalam perjumpaan khas itu ialah Bro Zorro Unmasked, Bro Harris Ibrahim, Delcapo, Nanda, Bro Arif, Shar, Whisperer dan beberapa lagi bloggers Otai. Kesemua mereka baru saja sampai dari Kuala Lumpur.

Dari apa yang dibincangkan sebelum ini, 2 minggu lepas wak kira, Bloggers Barisan Rakyat akan bergabung sepenuhnya dengan BloggersNetwork@Perak yang diketuai oleh MSK dan wak serta akan dibantu pula oleh bloggers dari Group Perakini. Melalui kombinasi 3 group besar ini, sangatlah diharapkan ianya akan memberi lebih impak dan gegaran penuh bara untuk meledakkan kemenangan mutlak P.59 untuk calon Pakatan Rakyat. Vote for Nizar for protest Najib !! dan Vote for PAS for rejecting Najib !!
Aku kagum dengan bloggersnetwork@perak yang bersatu hati dalam menyalurkan maklumat semenjak krisis perak hingga ke PRK bukit gantang. Paling menarik peranan mereka dihargai oleh Pemimpin parti Pakatan rakyat , calon pilihan raya disana.
Di bukit Selambau kita harus belajar lebih banyak lagi, bukan nak dihargai kita nak membantupun takada respon suruh link dengan blog Rasmi PKR dah 2 minggu tak jalanpun. Ingat bahagian penerangantu taktau paranan media internet kut. Mujur ada Blog Kedahlanie mahu tolong link dan promosi bloger nyamuk.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...