13 September 2014

TERHANGAT....... pilih kroni majukan Plaza Rakyat tanpa tender?



KUALA LUMPUR, 12 SEPT – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal melaksanakan dasar tender terbuka apabila ‘memilih’ syarikat Profit Consortium Sdn Bhd untuk membangunkan semula projek Plaza Rakyat.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, DBKL bertanggungjawab memberi penjelasan berhubung penganugerahan projek ini, kerana dibimbangi wujud unsur rasuah.

“Tindakan DBKL memberikan projek berbilion ringgit di pusat bandar Kuala Lumpur kepada syarikat milik bekas tentera tanpa sebarang tender menyebabkan kita sangsi.

“DBKL perlu memberi penjelasan, demi kepentingan rakyat kenapa perkara sebegini boleh terjadi?, kata Lip Eng dalam satu kenyataan.

Akhbar The Star sebelum ini melaporkan DBKL gagal melakukan penawaran secara terbuka kepada pihak-pihak lain yang berminat sebelum bertindak memberikan projek tersebut kepada Profit Consortium Sdn Bhd.

Tegas Lip Eng, tindakan itu bercanggah dengan dasar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bahawa semua perolehan kerajaan menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad bagi projek tertentu.

“Mesyuarat Kabinet pertama selepas Pilihanraya Umum ke-13 memberikan gambaran indah kepada kita bahawa kerajaan Barisan Nasional menjamin proses pentadbiran yang telus,” kata Lip Eng.

Namun kata Lip Eng DBKL sendiri gagal menerapkan prinsip ‘penyertaan dan ketelusan’ orang ramai seperti yang ditetapkan pihak berkuasa itu dalam perkara Agenda Tempatan 21.

“Saya menuntut supaya Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib supaya segera mengadakan sidang media bagi memberi penjelasan dan membuka ruang soal jawab kepada wartawan mengenai pemberian projek tersebut.

“Sekiranya gagal, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kuala Lumpur pastinya akan membangkitkan hal ini di sidang Parlimen bulan hadapan.

“Datuk Bandar mesti menjelaskan apa sebabnya projek ini dianugerahkan kepada syarikat yang mempunyai hubungan dengan ahli politik kerajaan Barisan Nasional tanpa sebarang tender,” tegasnya.


Sumber

2 ulasan:

banggoi petai berkata...

Betul laa tu tindakan dbkl. .Takkan nk bg projek kat cina DAPiggg sama hinduu pkarattt. ..Mesti laa bg kat kroni BN. .Itu pun tak faham kaa macaiii parti kerabauu rakyat oiii...lim guan engg bangsat pun takkan bg projek kat umno laaa. ..Benda mudah mcam ini punn macaii takbley pikiaqq. ..Betoi betoii otak hangpa kna liwat c anuuuwarr ketummm laaa

Tanpa Nama berkata...

Pabila DBKL day ambil usaha menghidupkan projek yg bengkalai sekalian lama, nampak dah berhasil, dia orang yg sebelum hanya pandai mengkritik pihak kerajaan tak peduli masalah tersebut, sekarang buat tuduhan yang tak sepatutnya,yang suara hati rakyat kini mahu:masalah boleh dapat diatasi/selesai tanpa ambil kira ia itu kucing putih atau kucing hitam,prinsipnya ia boleh selesai tanpa menganiaya mana-mana pihak.Rakyat murhan dah celuk mata dan otak, no more perception war yg suka diapi-apikan oleh pihak yang ada niat terpendam,syabas pihak DBKL,you hv done the good job to solve this long-unsolved project!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...