14 September 2014

HOT! KENAPA TENTERA AS ' SERANG' PANTAI TIMUR?

Kenapa tentera AS 'serang' Pantai Timur?

Beberapa tentera AS membeli-belah kelihatan di sekitar Kuala Terengganu.

Kehadiran kira-kira 300 tentera Amerika Syarikat (AS) di Terengganu dan Kelantan sejak beberapa hari lepas menggusarkan para penduduk.

Beberapa kumpulan tentera AS siap berpakaian seragam berjalan-jalan di ibu negeri Terengganu itu menimbulkan kebimbangan.

Apatah lagi pasukan negara kuasa besar itu biasanya 'datang' ke sesebuah negara untuk terlibat dalam peperangan menentang pihak militan.

Lagi pun sindrom anti US semakin menebal di negara ini gara-gara penglibatan negara itu dalam beberapa kancah peperangan terutama di Asia Tengah.

Bagaimanapun kegusaran itu akhirnya terjawab apabila anggota tentera AS itu atau sebenarnya United States Army Command (USARPAC) dari Hawaii sebenarnya hadir untuk Eksais Keris Strike Siri 18 mulai 13 hingga 26 September ini Kem Pengkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan.

Menurut satu kenyataan Wisma Pertahanan, penduduk dinasihati supaya jangan bimbang dengan kelibat tentera AS terbabit.

"Kehadiran mereka (tentera AS) itu bagi menjalani latihan bersama Tentera Darat Malaysia.

"Eksais ini merupakan eksais gabungan yang diadaan setiap tahun melibatkan Formasi 8 Briged di bawah naungan 2 Divisyen. Pada tahun ini pula melibatkan Pengurusan Bencana dan Bantuan Kemanusiaan

“Bagi menjawab kegusaran masyarakat awam di Terengganu amnya dan Kelantan khususnya berkaitan kehadiran anggota tentera dari United States Army Pacific Command (USARPAC), Hawaii di negeri berkenaan adalah bagi menjalani latihan secara bersama dengan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dinamakan sebagai Eksesais Keris Strike yang akan berlangsung mulai 13 hingga 26 September ini di sekitar Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, eksesais tersebut merupakan latihan tahunan melibatkan Formasi 8 Briged di bawah naungan Markas 2 Divisyen dan pada tahun ini eksesais adalah berorientasikan pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan dalam senario bencana banjir.

Tambah Kementerian Pertahanan, tujuan utama eksesais tersebut adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam, dan pelaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, eksesais ini juga mampu mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan bagi kedua-dua buah negara serta memberi pendedahan kepada prosedur operasi medan di antara pemerintah dan staf dalam eksesais gabungan.

“ Dengan penjelasan ini diharap dapat memberi gambaran sebenar berkaitan salah tafsiran kehadiran tentera US sepertimana yang telah dilaporkan di kebanyakan media sosial tempatan,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...