11 September 2014

PEGUAM NEGARA DIDESAK LETAK JAWATAN!!!

Pautan kekal imej terbenam

Peguam Negara perlu letak jawatan



Gani Patail

Tindakan Jabatan Peguam Negara untuk menilai semula beberapa kes membabitkan individu yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 termasuklah pensyarah undang-undang, Prof. Azmi Sharom telah mencemarkan kredibiliti jabatan tersebut.

Fasilitator Gerakan Warganegara Mempertahankan Akta Hasutan 1948, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail seharusnya sentiasa konsisten di dalam setiap pertuduhan yang telah dibuat.

Selain itu, menurut Khairul Azam, kelemahan Peguam Negara di dalam melakukan pendakwaan terhadap kes-kes tertentu seperti hasutan telah menyebabkan timbul persepsi rakyat bahawa hanya golongan tertentu sahaja yang akan dikenakan tindakan biarpun mereka melakukan kesalahan yang sama.

“Kalaupun ada pendakwaan berpilih, isunya bukan kepada akta.

Isunya adalah kepada mereka yang menguatkuasakan undang-undang ini dari segi pendakwaan, ini salah Peguam Negara.

Contohnya dalam kes Prof. Azmi Sharom dari Universiti Malaya, semalam Peguam Negara keluarkan kenyataan media untuk kaji semula beberapa kes termasuk kes Azmi, ini mencemarkan kredibiliti Gani sebagai Peguam Negara sendiri.

Beliau telah mengarahkan pertuduhan, tiba-tiba beliau nak kaji semula, yang perlu ditukar bukan Akta Hasutan 1948 tetapi Peguam Negara,” katanya.Dengan itu, beliau meminta Gani untuk meletakkan jawatan.~MG

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...