17 Ogos 2014

SINAR HARIAN KANTOI ! MOHON MAAF TAKUT DISAMAN


Sinar mohon maaf siar berita Saari Sungib masuk IJN

Berita permohonan maaf kepada Saari Sungib jadi berita utama Sinar. Gambar diambil dari laman Sinar Harian Online. – Gambar diambil dari laman Sinar Harian Online, 17 Ogos, 2014.

Sinar Harian hari ini membuat permohonan maaf kepada Adun Hulu Kelang, Saari Sungib kerana menyiarkan berita kononnya beliau dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami sakit dada.

Dalam permohonan maaf yang dijadikan berita paling utama laman webnya dan kini menjadi berita kedua paling hot di laman itu, Sinar menegaskan Saari tidak diserang sakit jantung dan masih sihat sehingga hari ini.
Sinar versi online pada 16 Ogos lalu menyiarkan berita bertajuk "Adun Hulu Kelang Masuk IJN” ekoran khabar angin yang disebarkan kononnya Saari diserang sakit jantung.

"Kami ingin menegaskan bahawa Adun tersebut, YB Saari Sungib tidak diserang sakit jantung dan masih sihat sehingga hari ini. "Dengan ini Sinar Harian memohon maaf sekali lagi kepada beliau dan keluarganya," kata Sinar dalam permohonan maaf itu.

Ekoran tindakan Saari dan seorang lagi Adun PAS Hasnul Baharuddin (Morib) berpecah dari kumpulan utama PAS dan menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar menyebabkan kedua-duanya menjadi sasaran di laman sosial.

Ekoran itu, berita rekaan disebarkan termasuk kononnya Saari dimasukkan ke IJN setelah mengadu sakit dada.

Saari ketika dihubungi The Malaysian Insider menafikan khabar angin itu dan sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkannya.
Ini kerana berita itu cuba menggambarkan beliau mendapat balasan kerana kononnya melanggar 'bai'ah' atau janji setia dengan PAS.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

elok saman dan biarkan cerita ni bergegar sikit kat pala ahli pas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...