18 Ogos 2014

KES SAMAN KUIN : PECAT PENDAFTAR KOLEJ INSANIAH TANPA ALASAN BERMULA 20 OKTOBER


Kes Saman Terhadap KUIN Bermula 20 Oktober Ini!




Alor Setar, 18 Ogos – Mahkamah Tinggoi di sini telah menetapkan kes saman bekas pendaftar Kolej Insaniah (KUIN), Datuk Latifah Hassan akan dibicarakan pada 20 dan 21 Oktober ini.

Keputusan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya Hakim, Abu Bakar Katar.

Merujuk kepada kes, Latifah sebelum ini telah memfailkan writ saman terhadap KUIN kerana didakwa telah memecatnya tanpa sebarang alasan yang sah dalam tempoh 24 jam.

Plantif yang berusia 63 tahun diwakili tiga peguam Muhamad Faiz Fadzil, Ahmad Faiq Azizan dan Muhammmad Nor Izzat Nordin manakala KUIN hanya diwakili seorang peguam, Awandi Mohamed Hashim.

Menurut Faiz, perbicaraan penuh sepatutnya berlangsung pada 16 Ogos lalu namum terpaksa ditangguhkan kerana memberi laluan kepada KUIN mencari jalan penyelesaian secara menyeluruh terdapat beberapa kes lain yang melibatkan anak guamnya.


Latifah berkata, dia mengambil keputusan itu kerana percaya pemangku Rektor KUIN (2013), Datuk Che Barni Mohd Noor telah membuat keputusan memecatnya secara bersendirian dan tidak mematuihi perlembagaan dan Jawatankuasa Perjawatan dan Perkhidmatan (JPP).

Dalam kandungan kontrak sebelum ini, dia ditawarkan kontrak untuk tempoh dua tahun bermula 13 Disember 2012 sehingga 12 Disember 2014 namum tindakan defenden telah mengeluarkan notis awal penamatan perkhimatannya bertarikh 27 Jun 2013 ynag berkuatkuasa 1 Julai 2013. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...