21 Ogos 2014

JKKK JENIS PELAQ DAH MOLA TUNJUK KUASA DI KEDAH...TAHU KE APA AKTIVTI AMANAH IKHTIAR BUAT NIE.....


Langgar - Apabila AMANAH IKHTIAR MALAYSIA 'bersilat' dengan JKKK berebut Dewan


Umi Kalsom (kanan) menunjuk pintu dewan orang ramai dan surau
Kampung Masjid Lama yang telah ditutup hingga menimbulkan
masalah kepada penduduk

LANGGAR - Ahli Pusat Islami, Blok Langgar, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kecewa dengan tindakan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Masjid Lama, dekat sini, kerana menutup dan menghalang peserta itu untuk bermesyuarat baru-baru ini.

Ketua Pusatnya, Umi Kalsom Ismail, 46, berkata, akibat penutupan itu pihaknya terpaksa bermesyuarat di dewan Masjid Lepai.

Menurutnya, selama hampir 20 tahun ahli AIM menggunakan dewan itu untuk melakukan mesyuarat setiap minggu pada hari Rabu dari jam 10 hingga 11 pagi.

"Setiap bulan ahli AIM membayar RM20 bagi bayaran air dan elektrik dewan itu.

“Bagaimanapun sejak JKKK baru ini, dia menaikkan bayaran sehingga RM40 sebulan dan ini tidak wajar kerana kami hanya menggunakan seminggu sekali sahaja untuk bermesyuarat," katanya.


Bagaimanapun, katanya, pihaknya tetap bersetuju membayarnya kerana tiada tempat lagi untuk bermesyuarat.

“Malangnya, pada Rabu lalu kami dihalang untuk menggunakan dewan itu atas alasan tidak membayar wang untuk kegunaan dewan itu.

"Memang kami tidak menjelaskannya kerana terlewat membayarnya selama seminggu tetapi tindakan pihak berkenaan menutup dewan ini adalah tidak wajar. Sepatutnya beri notis kepada kami terlebih dahulu,” katanya.

Umi Kalsom berkata, beliau berharap pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah itu supaya dewan berkenaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai.

Fairus Mustaffa, 43, pula berkata, beliau kecewa dengan tindakan itu kerana menutup pintu pagar hingga sukarkan penduduk untuk masuk ke pintu hadapan dewan dan surau berhampiran.

Katanya, bagi mereka yang mahu melakukan solat terpaksa masuk melalui pintu belakang kerana pintu hadapan sentiasa dikunci.

“Paling menyedihkan, baru-baru ini ada kes kematian di sini menyebabkan penduduk terpaksa membawa jenazah melalui pintu belakang yang sempit sedangkan pintu utama lebih luas ditutup,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Masjid Lama, Lepai, Aziz Md Hassan berkata, memang pihaknya terpaksa menutup pintu pagar dan dewan itu kerana pihak AIM tidak menggunakannya secara bijak dengan gagal menutup kipas dan lampu setiap kali ketika habis bermesyuarat.

Katanya, sebelum ini dewan itu tidak terurus dan kotor menyebabkan pihaknya terpaksa gotong-royong serta melakukan semula pendawaian dewan tersebut.

“Kami terpaksa menutup supaya ahli AIM lebih menghargai kemudahan yang ada di dalam dewan itu selain bimbang orang luar mudah menceroboh masuk ke dewan dengan menyalahgunakan segala kemudahan yang ada di dalam dewan dan surau itu.

“Bagaimanapun pihak kami sentiasa mengalu-alukan supaya ahli AIM dapat berbincang dengan kami terlebih dahulu agar dapat bermesyuarat kembali di situ dengan menggunakan segala kemudahan yang ada dengan sebaiknya,” katanya. ~SH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalammuรกlaikum,
Inilah JKKK Haram Bin JADAH.
LAKNATULLAH.
SAMA DENGAN YAHUDI & NASARAH.

Berjubah hanya penipuan untukn mengabui mata rakyat bahawa mereka juga beragama dan wara' sama seperti Abdullah bin Ubai..... Salat di Belakang Nabi s.a.w tetapi menetang Baginda Rasul....... MUNAFIQUN......

XUMNO berkata...

Kalau namanya JKKK Umno. irulah perangai burauk yang dibuat di mana2 seluruh Malaysia. Tak lama lagi pitu pagar dan masjid bukan lagi dikunci, mereka akan gunakan rantau sebesar lengan untuk pastikan jamaah tak boleh dunakan surau dan masjid macam yang pernah dilakukan di Selangor oleh Khir Toyol. Tapi padanlah muka orang2 Kedah yang benci Pas memeritah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...