11 Januari 2014

TERKINI ! KELANTAN ,TERENGGANU DAN PAHANG DILANDA BANJIR GELOMBANG KEDUA !!! - BERITA DIKEMASKINI


BANJIR DI KELANTAN: Bantuan anggota polis kepada mangsa banjir di Tanah Merah, Kelantan.


BANJIR DI TANAH MERAH



BANJIR DI JELI KELANTAN


Terengganu dilanda banjir gelombang kedua

KUALA TERENGGANU 11 Jan. - Banjir gelombang kedua mula melanda Terengganu apabila 155 orang daripada 45 keluarga di daerah Kemaman dipindahkan sejak awal pagi semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga pukul 9 pagi ini, tiga pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di daerah itu iaitu Balai JKKK Padang Kubu yang menempatkan 87 orang (26 keluarga), Berek Kilang Padang Kubu (33 orang dari lapan keluarga) dan Rumah Pegawai Sungai Mas (35 orang dari 11 keluarga).

Kesemua mereka mula berpindah ke pusat pemindahan kira-kira pukul 8 pagi semalam berikutan kawasan kediaman mereka yang rendah dinaiki air limpahan hujan.

Dalam kejadian banjir gelombang pertama baru-baru ini, daerah Kemaman merupakan kawasan yang teruk terjejas menyebabkan berpuluh ribu orang terlibat dalam musibah itu.

Sementara itu, di daerah Kuala Terengganu, cuaca buruk pagi ini dengan angin kencang disertai hujan lebat sekali-sekala.


LAPORAN DARI PAHANG


Sungai Lembing bah

Kuantan: Hujan enam jam sejak malam kelmarin menyebabkan pekan Sungai Lembing, di sini, dinaiki air sedalam kira-kira satu meter menyebabkan paras air sungai berhampiran naik mendadak, semalam.

Pekan kecil di pinggir bandar itu mula dinaiki air kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membunyikan siren sebanyak dua kali sebagai tanda amaran kepada penduduk supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Tinjauan Harian Metro di sekitar jalan Sungai Lembing mendapati, beberapa kawasan berhampiran turut dinaiki air antaranya di Panching, di sini.

Manakala, tempat dinaiki air adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Panching, namun tiada sesi persekolahan ketika kejadian.



KEADAAN pekan Sungai Lembing yang dinaiki air.

Seorang penduduk, Salamah Mohammad, 63, berkata air mula menaiki kawasan rumahnya kira-kira jam 2.30 petang sebelum siren dibunyikan sebagai amaran kepada penduduk.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...