06 Januari 2014

HOT ! KISAH POLIS HARI INI SEORANG MATI KENA TEMBAK, SEORANG MATI TERJERUT TALI DAN KISAH WANG HARAM RM6 JUTA

Anggota polis mati ditembak ketika rondaan
kemaskini : 


KUANTAN: Pegawai Penyiasat Balai Polis Jaya Gading, Kuantan Pahang ditemui mati dengan kesan tembakan di mata dan dada di ladang LKPP Jaya Gading, kira-kira 9 pagi tadi.

Mangsa, Koperal Abdul Halim Mohd Ali, 48 tahun yang berasal dari Triang , Pahang terkena satu das tembakan, dipercayai peluru tabur daripada senapang buatan sendiri.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, mangsa melakukan Rondaan Cegah Jenayah bersama 3 anggota yang lain petang semalam.

Ketika rondaan, mereka terserempak dengan dua suspek bermotosikal sebelum bertindak mengejar mereka di ladang berkenaan.

Mangsa yang juga bekas Komando 69 telah mendahului anggota lain, mangsa kemudian bagaimanapun gagal dihubungi.

Pagi tadi, mayat mangsa dijumpai seorang pekerja ladang terbabit.

“Pagi ini, kira-kira 9 pagi telah ditemui arwah telah pun didapati meninggal, dalam kejadian tersebut telah panggil forensic dan petologist daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan, HTAA untuk mengesahkan kematian. 

Tadi disahkan meninggal disebabkan tembakan,” kata Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab. Ghani. Polis turut menemui satu laras senapang patah berhampiran lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat.

Polis kini sedang memburu dua suspek terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

KISAH WANG HARAM :

Wang haram RM6 juta: Pegawai kanan polis dipindahkan



Seorang pegawai kanan polis Kuala Lumpur yang disiasat kerana penggubahan wang haram bernilai RM6 juta telah dipindahkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman minggu lalu, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, perpindahan itu bertujuan untuk menghentikan beliau daripada terlibat dengan kerja “barisan hadapan” sehingga siasatan kes rasuah itu selesai.

Sumber berkata, pegawai kanan itu dipindahkan serta merta ke Sekretariat Polis, Bukit Aman.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 26 Disember lalu mengesahkan seorang pegawai kanan polis bergelar “datuk” telah memberikan kenyataan berkaitan kes penggubahan wang haram bernilai RM6 juta.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, pegawai polis itu telah memberikan kenyataannya di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya seminggu sebelum itu.

"Kami memanggil pegawai kanan polis itu untuk diambil kenyataannya. Dia memberikan kerjasama yang baik dan kami merekodkan kenyataannya. Tiada tangkapan dibuat," katanya.

Pegawai itu adalah seorang daripada kira-kira 40 anggota polis yang sedang disiasat kerana penggubahan wang haram yang diperolehi daripada sindiket pelacuran, kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Adalah difahami SPRM telah memperluaskan siasatan mereka termasuk penggubahan wang haram dan rasuah oleh beberapa dozen polis di seluruh negara.

"Mereka disiasat kerana penggubahan wang haram dan sekurang-kurangnya rasuah," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

"Polis ini boleh didakwa kerana jenayah itu, bergantung kepada bukti nanti," kata sumber itu.

Sumber lain memberitahu, penggubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit mula disedari selepas satu kejadian tembak menambak dengan penjenayah pada tahun 2013 lalu dimana beberapa gangster yang disyaki ditembak mati di beberapa bandar utama.

"Kami menyiasat kaitan antara penggubahan wang haram dengan kejadian tembak menembak itu," kata sumber.

Pada November lalu, sebuah akhbar harian melaporkan bahawa tiga pegawai berpangkat timbalan penguasa, penolong penguasa dan sarjan telah ditangkap secara berasingan oleh SPRM dan semasa tangkapan itu, mereka menemui RM500,00 tunai, jam Rolex dan barang kemas.

Dua daripada pegawai yang ditahan itu telah dipindahkan ke Johor dan yang ketiga ke Negeri Sembilan, katanya dengan menambah salah seorang daripada mereka terlibat dengan penggubahan wang haram bernilai RM1.7 juta dan yang lain RM4.3 juta.

KISAH KE 3 , MALANG MATI TERJERUT TALI :

Detektif polis maut terjerut tali ketika bergurau

Seorang anggota polis maut selepas tergelincir dan terjerut tali nilon ketika bergurau dengan dua anaknya dalam kejadian di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, di Johor Bahru semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata pihaknya yang menerima laporan pada pukul 9.30 malam menemui mayat Koperal Mohammad Hamid@Anthony Abdullah, 45, terbaring di atas lantai di rumah terbabit.

"Dua anak Mohammad Hamid yang berumur 10 dan 14 tahun berada di rumah itu dan polis turut menemui seutas tali nilon berhampiran mayatnya," kata Hasnan dalam kenyataan, di Johor Bahru semalam.

Menurut Hasnan, Allahyarham dipercayai sedang bermain dengan dua anaknya menggunakan tali nilon yang digantung pada jeriji tingkap beranda rumah, sebelum tergelincir dan jatuh ke lantai lalu terjerut.

Keadaan fizikal Mohammad Hamid adalah lemah ketika kejadian kerana beliau menghidap penyakit hati tahap kritikal serta sedang menerima rawatan intensif di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, katanya.

Polis mengklasifikasikan kematian Mohammad Hamid yang berasal dari Kanowit, Sarawak sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya menambah Allahyarham meninggalkan empat anak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...