10 Januari 2014

KEMELUT AIR SELANGOR : PUTRAJAYA SETUJU PENGAMBILALIHAN IKUT AKTA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (WSIA)

Mesyuarat selesaikan isu air Selangor

Putrajaya: Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor akan bermesyuarat dalam masa terdekat berhubung pengambilalihan industri air di negeri itu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata pengambilalihan mengikut Seksyen 114, Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 dengan persetujuan kerajaan Selangor, membuka ruang baru bagi menyelesaikan krisis air di Selangor.

“Usaha melalui pelaksanaan Skim Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negara bermula pada 2008 selepas pembangkang menguasai Selangor.


Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dalam satu perjumpaan Selasa lalu, memaklumkan Selangor gagal memuktamadkan pengambilalihan industri air dan menyerahkan kepada Kerajaan Persekutuan bagi diselesaikan," Datuk Seri Dr Maximus Ongkili,Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Serah kepada Kerajaan Persekutuan




“Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dalam satu perjumpaan Selasa lalu, memaklumkan Selangor gagal memuktamadkan pengambilalihan industri air dan menyerahkan kepada Kerajaan Persekutuan bagi diselesaikan, seperti digariskan Seksyen 114 WSIA.


“Kerajaan Selangor juga memberi jaminan akan mengeluarkan kelulusan yang perlu bagi pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2), dalam surat kepada saya bertarikh 8 Januari 2014,” katanya selepas majlis pelancaran Pelan Induk Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...