10 Januari 2014

PELABURAN DI P.PINANG TERUS MEROSOT SEMENJAK PR MEMERINTAH? APAKAH PUNCANYA


Pelaburan di Pulau Pinang meningkat 100 peratus

GEORGE TOWN, 9 DISEMBER: Pelaburan di Pulau Pinang meningkat 100 peratus dalam tempoh lima tahun iaitu RM36.1 bilion antara 2008 hingga 2012 berbanding tempoh yang sama antara 2003 dan 2007 hanya mencatat RM18.7 bilion.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, tempoh lima tahun adalah ukuran yang lebih tepat dan selaras bagi prestasi pelaburan daripada sekadar merujuk prestasi setahun atau sebulan.

Beliau berkata, Pulau Pinang berada pada kedudukan teratas dalam carta pelaburan dalam tempoh antara 2010 dan Ogos 2013.

“Saya tidak akan mengulas kenaikan harga petrol tetapi berdasarkan beberapa laporan akhbar menyatakan pelaburan di Pulau Pinang dalam keadaan kritikal, jelas bertujuan mengalihkan perhatian daripada kenaikan harga gula, petrol, tarif elektrik dan tol oleh kerajaan Persekutuan BN.

“Hal ini berbeza dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak mengenakan apa-apa peningkatan dalam tarif air, cukai tanah dan taksiran pada 2014,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Guan Eng berkata, bagi rekod, beliau ingin merujuk kepada satu jawapan bertulis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Ahli Parlimen DAP Kuching, Chong Chien Jen di Parlimen pada September tahun lalu.

“Bagi tempoh 2010 hingga Ogos 2013, sejumlah 3,023 projek perkilangan dengan pelaburan berjumlah RM174.3 bilion diluluskan. Daripada jumlah itu, sebanyak RM102.9 bilion (59 peratus) adalah pelaburan asing, manakala RM71.3 bilion (41 peratus) adalah pelaburan tempatan.

“Dalam tempoh yang sama, lima negeri mencatat jumlah pelaburan asing tertinggi adalah seperti berikut:

• Pulau Pinang (RM19.7 bilion daripada 186 projek perkilangan).
• Johor (RM16.7 bilion daripada 374 projek perkilangan).
• Sarawak (RM15.6 bilion daripada 54 projek perkilangan).
• Selangor (RM15 bilion daripada 439 projek perkilangan).
• Kedah (RM8 bilion daripada 79 projek perkilangan).

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2013 pula, sejumlah 463 projek perkilangan dengan pelaburan berjumlah RM29.9 bilion telah diluluskan. Daripada jumlah itu, RM18.8 bilion (62.9 peratus) adalah pelaburan asing, manakala RM11.1 bilion (37.1 peratus) pelaburan tempatan.

Dalam tempoh itu, lima negeri mencatat jumlah pelaburan asing tertinggi iaitu:

• Johor (RM6.6 bilion daripada 63 projek perkilangan).
• Sarawak (RM4.2 bilion daripada 10 projek perkilangan).
• Melaka (RM2.7 bilion daripada 10 projek perkilangan).
• Selangor (RM1.1 bilion daripada 58 projek perkilangan).
• Pulau Pinang (RM1 bilion daripada 28 projek perkilangan).”

PELABURAN TERBARU DI P.PINANG

IKEA buka cawangan di Pulau Pinang

Pautan kekal imej terbenam

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan menerima rangsangan pelaburan baru apabila pusat membeli belah IKEA yang dibangunkan oleh Ikano Pte Ltd akan dibina tanah seluas 98 hektar di kawasan Batu Kawan, Seberang Perai Selatan (SPS).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata selain pusat membeli belah IKEA, kawasan itu juga akan didirikan pejabat serta kediaman yang akan dibangunkan bersama Aspen-Ikano (syarikat usaha sama yang akan dibentuk oleh Aspen Wawasan Land Sdn Bhd dan Ikano Pte Ltd).

"Keseluruhan pembangunan komersial di kawasan tersebut dijangka siap dalam tempoh 10 tahun dari tarikh perjanjian," katanya pada sidang media bagi mengumumkan perkara tersebut di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata jumlah kos tanah bagi projek berkenaan ialah RM483.95 juta dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 60 bulan dari tarikh perjanjian, manakala deposit sebanyak RM5 juta yang dibayar kepada PDC juga tidak akan dikembalikan.

Katanya dengan adanya pusat menbeli belah IKEA di kawasan SPS, ia akan berupaya membangunkan kawasan di bahagian tanah besar sebagai destinasi pilihan yang menarik untuk belajar, bekerja dan hidup dengan baik serta selesa.

"Kita sangat bangga kerana IKEA telah memilih Pulau Pinang sebagai destinasi pertama untuk pembukaan perniagaannya di luar Kuala Lumpur, selepas ini penduduk Pulau Pinang tidak perlu pergi ke Petaling Jaya untuk membeli belah di IKEA," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...