05 Januari 2014

PANAS ! KEMALANGAN KERETA PREVE YANG HEBOH DI FB...APA PUNCA SEBENARNYA


Kemalangan yang melibatkan sebuah Proton Preve di Lebuhraya Pantai Timur hingga menyebabkan enjinnya tercampak keluar. Apapun pemandu (berbaju oren) tidak mengalami sebarang kecederaan. Hebat ciri keselamatan kereta ini. Tahniah Proton!

- Sumber dari rakan WhatsApp Oh! Media dan PREVEC. Jadi sebahagian dari penyampai maklumat di Oh! Media dengan berkongsi ke WhatsApp 012 923 1562. ~ oh! Media



BERITA PENUH DIBAWAH :

Pantang maut sebelum ajal
sinar

Keadaan kereta mangsa remuk teruk setelah terbabas di Kilometer 400.9 LPT Kuala Lumpur-Kuala Terengganu(Ajil-Telemong), pagi semalam.

KUALA BERANG - Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku ke atas seorang wanita selepas terselamat walaupun kereta dipandunya terbabas dan terbalik beberapa kali dalam kejadian di Kilometer 400.9 LPT Kuala Lumpur-Kuala Terengganu (Ajil-Telemong), pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Afill Amalina Llailie Lokhman, 25, dalam perjalanan dari arah Bukit Besi menuju ke arah Ajil dan kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Preve dipandunya secara tiba-tiba terbabas ketika di lokasi kejadian.

Menurut sumber, mangsa yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Serdang memulakan perjalanan dari Serdang kira-kira jam 4 pagi menuju ke Bukit Payung, Besut bagi pulang bercuti ke kampungnya.

“Kereta dipandu mangsa tanpa penumpang dipercayai terbabas ke kiri dan kanan jalan sehingga merempuh pengadang jalan, selain turut terbalik beberapa kali. Keadaan itu turut menyebabkan enjin kereta tersebut tercabut.

“Bagaimanapun, mangsa terselamat dan hanya mengalami luka kecil di bahagian mata sebelah kiri serta jari. Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim ketika dihubungi mengesahkan laporan kemalangan itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu termasuk mematuhi had laju ditetapkan.

4 ulasan:

Unknown berkata...

enjin import kualiti ok .... bahagian-bahagian lain buatan tempatan, kualiti tak ok tapi guna juga .... apasal guna juga ...??? RASUAH LE ...!!! patutnya ditolak tapi dah kena rasuah, terima jugalah ...!!!

Tanpa Nama berkata...

Pantang maut sebelum ajal..... Alhamdullillah !

Jom ramai ramai beli proton preve..... Accident tak mati tau....

Tanpa Nama berkata...

yang komen diatas ni siapa? mcm tak update dgn teknologi keselamatan terkini je.

Tanpa Nama berkata...

sekarang proton menggunakan teknologi RESS untuk membuat body kereta lebih utuh ...tiada lagi mcm tin milo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...